Selepas pengakuan adik sendiri, Najib cuba lari daripada menjawab

November 13, 2021 · Isu semasa

Tiada jawapan diberikan Datuk Seri Najib Razak selepas pengakuan adiknya sendiri berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didedahkan dalam buku memoir ‘What’s in a Name’ baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri (PM) itu tidak menjawab segala pendedahan dibuat oleh Datuk Seri Nazir Razak yang ditulis dalam beberapa bab buku tersebut khususnya berhubung isu 1MDB memandangkan kes mahkamahnya yang sedang berjalan ketika ini.

Diasak dalam satu program di Melaka hari ini, Najib sebaliknya mengalihkan isu dengan memberi jawapan selamat apabila menggunakan nasihat ibunya yang melarang perihal keluarga dihebahkan kepada pihak luar secara terbuka.

“Sebenarnya perkara seperti ini kalau melibatkan hal keluarga saya berpegang kepada apa bonda saya kata… Kita mesti kalau ada masalah selesaikan dalam keluarga kita…kita tak boleh barai pada luar tak elok nampaknya,” katanya dalam Program Gegau Melaka bertajuk PRN Melaka: Antara Mitos & Realiti Semasa.

Moderator program berkenaan Datuk Dr Noor Azizan mengajukan soalan berhubung serangan yang dibuat oleh Nazir ke abangnya itu selepas banyak pihak bertanyakan tentang perkara tersebut.

Terdahulu, Nazir dalam memoirnya pada bab bertajuk ‘Najib’s Rise’ memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB, serta hubung kait dana itu dengan Najib.

Malah Nazir mengakui beliau antara yang bertemu bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang dan menceritakan kebimbangannya berhubung dana 1MDB.

Pertemuan itu turut disertai pemilik The Edge Group, Datuk Tong Kooi Ong di London, sekitar 2015.

“Mengapa saya juga perlu melakukan sesuatu? Saya sudah bersara.” Kata-kata itu keluar dari mulut Dr Mahathir, kata Nazir dalam buku berkenaan yang baharu dilancarkan.

Dalam memoir buku berkenaan beliau mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan Tong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran tentang skandal 1MDB.

Mengimbas kembali pertemuan itu, Nazir memulakan sesi itu dengan menyuarakan kebimbangan kepada Dr Mahathir bahawa beliau dan Tong percaya berbillion-bilion dolar telah diseleweng dari 1MDB.

“Tong sebenarnya yang banyak mendedahkan tentang apa yang kami ketahui berkaitan 1MDB. Dr Mahathir kelihatan mudah memahami situasi itu yang mana ia memeranjatkan mereka, selepas mengambil kira perincian dan penerangan Tong.

“Saya syak Dr Mahathir sebenarnya telah pun diberi taklimat mengenai 1MDB dan menggunakan pertemuan itu sebagai perbandingan terhadap apa yang beliau ketahui dan fahami,” katanya lagi.

Nazir berkata, semakin sesi perbincangan itu berlangsung semakin Dr Mahathir menunjukkan reaksi atau erti kata lainnya, kemarahan.

Sebagai rekod, Nazir berkata, hubungan antara keluarganya dengan Dr Mahathir telah berdekad lamanya di mana ayahandanya, Abdul Razak telah menyelamatkan karier politik Dr Mahathir dengan membawa kembali beliau ke dalam UMNO.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
17 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
17 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok