Selangor masih wajib pakai pelitup muka ketika di masjid, surau

September 9, 2022 · Isu semasa

Pemakaian pelitup muka di semua masjid dan surau di Selangor masih diwajibkan kepada semua jemaah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Menurutnya JAIS telah menyembah maklum beberapa syor meliputi prosedur operasi standard (SOP) atau langkah alternatif mengenai perkara itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan semua pihak.

“Kita mengambil maklum pengumuman terbaharu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelitup muka itu.

“Namun, pemakaiannya masih kekal di masjid atau surau di negeri ini dan menunggu perkenan Sultan Sharafuddin bagi ketetapan baharu kelak,” katanya menurut laporan Utusan.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Diraja kesembilan negeri itu yang dinaik taraf selepas diubah suai sejak 2018 oleh Kumpulan Syarikat Rafulin.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.

Namun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau membuat pilihan sendiri.

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan memberitahu, JAIS akan memaklumkan SOP atau ketetapan terkini itu apabila mendapat perkenan Istana Selangor.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok