
Kali terakhir diniagakan adalah pada 4.670 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menghampiri paras terendah dalam lapan bulan ini.
Ringgit terus merudum ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun setelah krisis kewangan Asia 1997-1998 sebelum kerajaan ketika itu menambat nilai mata wang tempatan pada RM3.80 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).
Ketika dibuka hari ini (26 September 2022), ringgit diheret turun susulan turun naik pasaran, manakala dasar monetari Rizab Persekutuan As (Fed) yang ketat terus memberi manfaat kepada dolar, kata seorang peniaga.
Pada jam 10.39 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.5960/5980 berbanding dolar AS daripada 4.5775/5800 Jumaat lepas, lapor Bernama.
Ringgit dibuka pada 4.5910/5950 berbanding dolar hari ini.
Ketua Ekonomi Bank Islam Bhd Firdaos Rosli berkata indeks dolar AS muncul lebih kukuh, mencecah 113.19, dengan jangkaan pengetatan yang lebih agresif seperti yang ditunjukkan oleh Fed semasa mesyuarat September baru-baru ini.
“Oleh itu, mata wang tempatan itu melepasi paras 4.57 di belakang dolar AS yang semakin kukuh berikutan langkah terbaru bank pusat AS untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas,” katanya.
Beliau juga berkata ringgit berkemungkinan akan meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS, antara RM4.58 hingga RM4.61 dalam seminggu.
Sementara itu, ringgit lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nota tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2057/2073 daripada 3.2130/2152 pada penutup Jumaat lalu, menambah nilai berbanding pound Britain kepada 4.8580/8601 daripada 5.0957/0985, dan meningkat berbanding euro kepada 4.41293/4466 /4710 sebelum ini.