Rasuah kapal selam dikait dengan Najib: Perancis dah dakwa, Malaysia?

April 28, 2022 · Isu semasa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian pihak berkuasa Malaysia yang masih tidak jelas berhubung isu rasuah dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan satu Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, sekarang ini, Thales.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar mendesak kerajaan dan pihak terlibat menyatakan pendirian berhubung perkara itu.

“Saya meneliti laporan terkait Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.

“Kes ini berlangsung dan dibicarakan di Paris, Perancis, dan pihak berkuasa Malaysia seolah ambil ringan dan aspek keadilan nampaknya tidak menjadi isu besar untuk disegerakan.

“Saya mendesak agar kerajaan dan pihak terlibat untuk segera menyatakan pendirian dan menjelaskan bagaimana watak-watak yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, sebuah mahkamah di Perancis mendakwa firma pertahanan Thales kerana bersubahat dalam rasuah berkaitan penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002, kata sumber yang rapat dengan siasatan itu kepada agensi berita AFP pada Selasa (26 April 2022).

Kes dakwaan sogokan itu telah bermula pada 2010 dan dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Najib adalah Menteri Pertahanan ketika perjanjian ditandatangani bagi pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan satu Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, sekarang ini sebahagian daripada Thales.

Semua perjanjian itu bernilai kira-kira AS$1.17 bilion.

Rakan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda bertindak sebagai penasihat dalam perjanjian itu, dan dia dituduh menerima sogokan lebih 114 juta euro sebagai “kerja perundingan” oleh sebuah firma di mana dia adalah pemegang saham terbesar.

Wang itu kemudiannya didakwa diberikan kepada Najib, yang telah menghadapi beberapa siri pertuduhan kes rasuah sejak beliau ditolak sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Pilihan Raya Umum 2018.

Razak Baginda didakwa di Perancis pada 2017, manakala Najib telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keseluruhan sembilan defendan, termasuk Thales, telah didakwa di Perancis dan siasatan telah ditutup pada Januari 2022, kata sumber itu.

Berita berkaitan: Mahkamah Perancis bawa kes pembelian kapal selam dikaitkan dengan Najib 

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok