Mahkamah Perancis bawa kes pembelian kapal selam dikaitkan dengan Najib

April 27, 2022 · Dunia

Sebuah mahkamah di Perancis mendakwa firma pertahanan Thales kerana bersubahat dalam rasuah berkaitan penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002, kata sumber yang rapat dengan siasatan itu kepada agensi berita AFP pada Selasa (26 April 2022).

Kes dakwaan sogokan itu telah bermula pada 2010 dan dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Najib adalah Menteri Pertahanan ketika perjanjian ditandatangani bagi pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dan satu Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, sekarang ini sebahagian daripada Thales.

Semua perjanjian itu bernilai kira-kira AS$1.17 bilion.

Rakan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda bertindak sebagai penasihat dalam perjanjian itu, dan dia dituduh menerima sogokan lebih 114 juta euro sebagai “kerja perundingan” oleh sebuah firma di mana dia adalah pemegang saham terbesar.

Wang itu kemudiannya didakwa diberikan kepada Najib, yang telah menghadapi beberapa siri pertuduhan kes rasuah sejak beliau ditolak sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Pilihan Raya Umum 2018.

Razak Baginda didakwa di Perancis pada 2017, manakala Najib telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keseluruhan sembilan defendan, termasuk Thales, telah didakwa di Perancis dan siasatan telah ditutup pada Januari 2022, kata sumber itu.

Mereka termasuk Philippe Japiot, bekas Pengerusi Unit Limbungan Tentera Laut Perancis, DCN International, dan Jean-Paul Perrier, bekas Ketua Eksekutif Thales, bersama dua lagi bekas eksekutif lain.

Keempat-empat mereka menafikan sebarang salah laku, sementara kerajaan Malaysia berkata kontrak itu bebas daripada rasuah.

Dihubungi oleh AFP, Thales berkata “syarikat itu membantah dakwaan berkenaan.”

Pendakwa raya dari pejabat jenayah kewangan PNF Perancis akan mempertimbangkan permintaan lanjut kepada hakim, yang akan mempunyai kata putus sama ada kes itu dibawa ke muka pengadilan, walaupun rayuan telah difailkan pada Mei 2021.

Untuk rekod, pada April 2018, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendakwa kapal selam jenis Agosta 90 bernama Ouessant adalah kapal selam terpakai yang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Perancis untuk dijadikan muzium dan kini ditempatkan di Melaka.

Dua kapal selam lagi Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak sedang beroperasi dalam Armada TLDM.

Pada November 2018, SPRM dilaporkan membuka semula siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM4.67 bilion.

Najib dilaporkan menyelia pembelian kapal selam itu daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, bernilai hampir STG1 bilion (AS$1.17 bilion).

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah memberitahu, Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche, memaklumkan bahawa institusi kehakiman Perancis melakukan siasatan terhadap dakwaan skandal pembelian kapal selam itu.

Pembelian kapal selam Scorpene adalah antara kes berprofil tinggi yang mahu disiasat pentadbiran PH selepas mengambil alih kerajaan, pada Mei 2018.

Pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 turut didakwa ada kaitan dengan skandal pembelian kapal selam berkenaan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok