Projek LCS mungkin tangguh lagi, subkontraktor saman BHIC, BNS

October 5, 2022 · Isu semasa

Pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang dijadual disambung semula tidak lama lagi mungkin terkesan susulan tindakan dua subkontraktor projek itu menyaman Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Projek pembinaan LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion, tertangguh sejak beberapa tahun lalu walaupun kerajaan telah menyerahkan RM6 bilion kepada kontraktor dilantik.

Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata projek itu akan disambung semula, sebaik semua rundingan dalam fasa mobilisasi yang sedang berlangsung selama enam bulan sejak Jun lalu, selesai penghujung Disember ini.

Hishammuddin berkata, selepas fasa mobilisasi selesai penghujung tahun ini, semua pihak terbabit mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan pembinaan kapal pertama LCS disiapkan.

“Garis masa ini mesti dipatuhi semua pemegang taruh, khususnya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) selaku syarikat pembuat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, BHIC berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 September oleh syarikat 51 peratus miliknya, Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) dan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD).

Saman itu menamakan pengarah nominee BNS, BHIC, BHIC Defence Technologies Sdn Bhd (BHICDT) dan BHICDT, Salihin Abang dan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, menurut BH.

Di bawah writ saman dan pernyataan tuntutan (WCCS), CAD dan CED mendakwa bahawa keputusan BNS untuk menarik balik 12 surat anugerah (LoA) untuk projek LCS adalah tidak sah.

Syarikat berkenaan telah dipertanggungjawabkan untuk membeli peralatan daripada pengeluar peralatan asli (OEM) untuk frigat tentera laut.

LoA dilaporkan telah dibatalkan oleh BNS pada bulan lalu berikutan dakwaan salah laku dan urus niaga palsu.

CAD menuntut RM880,068.21, 39.87 juta euro, 3.78 juta pound British dan 55.94 juta kronor Sweden dalam dakwaan jumlah tertunggak daripada BNS, manakala CED menuntut RM216 juta.

BHIC menguasai 27.77 peratus kepentingan dalam BNS, kontraktor Kementerian Pertahanan, untuk membina enam frigat di bawah program LCS.

Penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mendedahkan percanggahan dan kelewatan dalam projek pembinaan LCS bernilai RM9 bilion sejak 2017.

Kontrak itu telah diberikan kepada BNS melalui rundingan terus, dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, tetapi tidak satu pun LCS telah diserahkan setakat ini.

Menurut laporan yang didedahkan oleh jawatankuasa penyiasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan, kos untuk menyiapkan enam LCS mungkin meningkat kepada RM11.145 bilion.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok