PM ucap tahniah kepada calon cemerlang SPM 2020, jangan putus asa kepada gagal

June 10, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang mendapat keputusan cemerlang hari ini.

Perdana Menteri, dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, sebentar tadi, turut menasihatkan pelajar yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan untuk tidak berputus asa.

“Hari ini anak-anak yang menduduki SPM 2020 telah pun menerima keputusan peperiksaan masing-masing dan Alhamdulillah, saya mengambil maklum bahawa keputusan SPM tahun 2020 adalah pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun.

“Saya doakan agar anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang. Bagaimanapun, sekiranya keputusan yang diterima bukanlah seperti yang diharapkan, jangan sesekali berputus asa,” katanya.

Tambahnya, beliau berbangga kerana setiap daripada mereka adalah individu yang hebat memandangkan peperiksaan kali ini amat jauh berbeza cabarannya berbanding tahun-tahun sudah dalam situasi negara dan dunia bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Anda semua diuji dengan cabaran yang getir namun berbekalkan semangat serta keazaman tinggi dengan sokongan semua pihak, cabaran itu berjaya anda harungi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang telah berhempas-pulas berusaha bagi membantu pelajar mengharungi peperiksaan dalam masa yang amat mencabar ini,” katanya lagi.

Seramai 9,411 calon SPM 2020 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Sementara itu, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2020 adalah terbaik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pencapaian itu boleh dilihat dengan keputusan daripada SPM tahun 2016 hingga kini apabila tahun ini merekod GPN adalah 4.80.

Katanya, Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Beliau memaklumkan SPM 2016 merekodkan GPN 5.05, 2017 (4.90), 2018 (4.89), 2019 (4.86).

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
 ‘Hilang’ daripada laman web, CEO Yayasan Peneraju dipecat?
May 2, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok