Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun

February 16, 2022 · Isu semasa

Permohonan peguam Datuk Seri Najib Razak untuk menggantung prosiding kes saman terhadapnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung tunggakan cukai akan didengar Mahkamah Tinggi pada 16 Jun nanti.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini membuat permohonan untuk menggantung prosiding saman itu sehingga rayuannya diputuskan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia.

Shafee disaman LHDN yang menuntutnya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Peguam Shafee, Wee Yeong Kang dipetik laporan BH memberitahu keputusan itu selepas pengurusan kes saman secara dalam talian hari ini, berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Ariffin.

Shafee turut memohon perintah supaya prosiding itu digantung sementara menunggu Mahkamah Persekutuan memutuskan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar cukai pendapatan masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.

Shafee menyatakan alasan bahawa keputusan rayuan Najib dan anaknya boleh memberi kesan kepada saman terhadapnya.

Selain itu, Shafee berkata, beliau sudah memfailkan notis rayuan iaitu Borang Q terhadap notis taksiran tambahan bagi tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 kepada LHDN pada 27 Jun 2019 dan terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan prosiding saman LHDN terhadapnya digantung.

Pada 27 September tahun lalu, LHDN memohon kes itu diputuskan melalui penghakiman terus (diputuskan tanpa mendengar perbicaraan) kerana Shafee gagal membayar keseluruhan tunggakan cukai pendapatan dan kenaikan cukai dikenakan ke atasnya berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh ditetapkan.

Melalui saman difailkan pada 6 Mei tahun lalu, LHDN mendakwa sehingga kini, peguam itu masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok