Peningkatan 119 peratus kes baharu Covid-19 minggu lepas

May 16, 2022 · Isu semasa

Bilangan kes baharu Covid-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 yang bermula dari 8 Mei hingga 14 Mei, meningkat sebanyak 119.2 peratus iaitu kepada 19,137 kes berbanding 8,732 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-18).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 4,475,873 kes dengan 29,762 kes aktif.

Beliau berkata sejajar dengan peningkatan kes harian pada ME ke-19, purata kadar kebolehjangkitan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 70.2 peratus iaitu 0.97 berbanding 0.57 pada minggu sebelumnya.

“Bilangan kes sembuh pada ME ke-19 menurun sebanyak 59.2 peratus atau 30,930 kes kepada 12,618 kes berbanding ME ke-18 dan kumulatif individu pulih ialah 4,410,499.

“Kes kematian pada ME ke-19 menunujukkan sedikit peningkatan iaitu 3.1 peratus (32 kes kepada 33 kes) berbanding ME ke-18 dan menjadikan kumulatif kematian kini 35,612,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat 38 peratus untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.

“Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat sebanyak 100 peratus melibatkan semua kategori pesakit.

“Secara keseluruhan, peratusan penggunaan katil PKRC meningkat sebanyak 100 peratus, penggunaan katil bukan kritikal meningkat sebanyak 18 peratus manakala penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak 10 peratus,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok