Muhyiddin gesa kerajaan tunda kenaikan fi rawatan hospital, klinik

June 15, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan menunda dan meneliti semula cadangan menaikkan kadar bayaran rawatan kesihatan di fasiliti kerajaan.

Menurut Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri, rakyat hari ini sudah cukup terseksa dengan keadaan ekonomi yang menekan ditambah dengan kadar inflasi serta kenaikan Kadar Dasar  Semalaman (OPR).

“Saya faham dalam keadaan kerajaan berdepan masalah kekangan fiskal yang agak meruncing, maka sumber-sumber lain perlu dicari untuk menampung perbelanjaan kerajaan termasuk mengenakan bayaran tertentu bagi perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

“Namun saya ingin mengingatkan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa untuk meningkatkan bayaran perkhidmatan kesihatan di hospital dan di klinik kerajaan kerana ini akan menambah lagi beban rakyat yang pada masa ini sedang menanggung sengsara akibat kenaikan harga barangn keperluan harian, kadar inflasi, kenaikan OPR dan baru-baru ini ialah kenaikan tarif elektrik.

Jadi, jika ada cadangan daripada kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran rawatan kesihatan awam, saya minta supaya ianya ditangguhkan dahulu dan diteliti semula,” katanya ketika membahaskan Laporan Kertas Putih Kesihatan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mencadangkan kenaikan kadar fi rawatan kesihatan di klinik dan hospital kerajaan itu dikecualikan kepada golongan B40.

Namun katanya, kini ada juga rakyat yang bukan tergolong dalam B40 jatuh miskin akibat kenaikan kos sara hidup.

“Untuk meringatkan beban rakyat, kerajaan boleh mengecualikan golongan B40 daripada dikenakan bayaran.

“Tetapi kita tahu melalui kajian-kajian dibuat, ramai yang tidak tergolong dalam kelompok B40 telah pun jatuh miskin akibat kenaikan kos sara hidup yang mendadak.

“Beberapa kajian yang saya lihat termasuk yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre baru-baru ini, majoriti rakyat merasakan kedudukan kewangan mereka lebih teruk pada tahun ini berbanding tahun yang lalu. Dapatan ini tidak terhad kepada golongan B40 sahaja,” katanya.

Dalam perbahasan sama beliau menyifatkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia mengingatkan kerajaan supaya sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan sistem kesihatan negara bagi menghadapi sebarang tekanan krisis kesihatan pada masa hadapan.

“Ini menuntut kerajaan supaya memberikan keutamaan pada usaha membangunkan suatu sistem kesihatan yang bukan sahaja cekap tapi juga mapan dan berdaya tahan,” katanya.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok