Mangsa banjir di empat negeri masih menunggu kerajaan umum bantuan

December 17, 2022 · Isu semasa

Walaupun sudah beberapa minggu banjir melanda di beberapa negeri, bagaimanapun mangsa-mangsa banjir masih menunggu bantuan banjir diumumkan kerajaan bagi meringankan beban mereka.

Setakat ini, mangsa-mangsa banjir di empat negeri tidak menerima sebarang maklumat berhubung bantuan yang akan diterima mereka bagi meneruskan kehidupan selepas bencana banjir yang melanda menyebabkan kediaman mereka rosak sehingga setengah mangsa yang tinggal sehelai sepinggang.

Media melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan penurunan pagi ini manakala di Pahang, Terengganu, Johor dan Perak masing- masing kekal.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 1,814 mangsa daripada 565 keluarga berbanding 1,882 mangsa daripada 593 keluarga malam tadi.

Daripada jumlah itu, 712 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong (34), SK Gual Periok (516), Masjid Mukim Padang Licin (57), PPS Putat Tujoh (142), SK Kubang Kual (189) dan SK Sri Kiambang (164).

Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 141 orang daripada 36 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan.

Jabatan Meteorologi meramalkan daerah itu akan mengalami hujan sepanjang hari ini manakala Sungai Keratong di Rompin masih merekodkan bacaan melebihi paras bahaya dan Sungai Triang di Bera berada di paras amaran.

Di TERENGGANU, Sekretariat JBPN memaklumkan SK Atas Tol di Kuala Terengganu adalah satu-satunya PPS yang masih beroperasi ketika ini dengan menempatkan 20 orang mangsa daripada lima keluarga.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kekal 91 orang daripada 21 keluarga berada di tiga PPS di Segamat iaitu Balai Raya Kampung (Kg) Batu Badak, Balai Raya Kg Kuala Paya serta Dewan Komuniti Kg Tasek dan tiga keluarga di PPS Kg Lubuk, Mersing setakat 8 pagi ini.

Tiga lokasi terjejas banjir di Segamat adalah di Kg Seberang Batu Badak, Kg Batu 5, Kg Kuala Paya dan satu lokasi di Mersing melibatkan Kg Lubuk.

Di PERAK juga situasi tidak berubah apabila hanya satu PPS sahaja dibuka iaitu PPS SK Sungai Tiang Darat pada pagi ini.

Sekretariat JPBN memaklumkan PPS itu menempatkan 15 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kg Sungai Belakang, Kg Sungai Tiang dan Kg Sungai Nipah Darat.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
3 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
3 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
21 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok