Malaysia bukan perisai, proksi kuasa besar: Hadi Awang

September 27, 2021 · Isu semasa

Malaysia tidak boleh menjadi perisai pertahanan kepada mana-mana kuasa besar atau sebagai proksi bagi pihak mereka dalam melakukan provokasi terhadap negara lain.

Malah, negara Barat juga tidak layak menjadi penyelesai kepada masalah serantau yang dihadapi Asia sekiranya terdapat sebarang masalah,
kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, negara-negara serantau sepatutnya menyelesaikan masalah sendiri melalui pakatan kerjasama setempat.

Beliau mengingatkan bahawa perjuangan mengangkat kemampuan sendiri perlu diutamakan selain mengadakan hubungan dengan semua pihak tanpa mengira Blok Timur atau Barat, menerima aspek positif dan menolak polisi negatif serta melampau.

Justeru, katanya tanggungjawab dan peranan untuk menyelamatkan negara sendiri lebih diutamakan, selain tidak menjadi alat kepada campur tangan asing secara langsung atau tidak langsung.

“Jangan jadikan negara ini sebagai perisai kepada negara lain atau proksi bagi pihaknya melalui provokasi murahan yang boleh dibeli oleh mereka,” katanya mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan meminta pandangan China berhubung perjanjian pembelian kapal selam berkuasa nuklear antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu berkata kenyataan Hishammuddin untuk meminta pandangan China itu bukan bermakna Malaysia sudah berpihak.

“Akan tetapi, lebih bersifat kepada menunjukkan bahawa Malaysia tidak bergantung lagi kepada Barat. Suatu pendirian yang mencemaskan mereka yang harapannya masih bergantung kepada Barat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Hishammuddin menafikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa Malaysia menerima arahan daripada China berhubung pembentukan AUKUS.

Menteri Pertahanan itu sebaliknya berkata Malaysia mahukan pandangan China dan tindakan mereka berhubung AUKUS supaya negara di rantau ini, termasuk negara ASEAN lain boleh ambil tindakan proaktif.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata adalah wajar Malaysia meminta penjelasan China kerana keutamaan yang sepatutnya dalam hubungan antarabangsa adalah melihat terlebih dahulu terhadap sikap negara serantau yang terdekat, bukannya merangkak ke negara yang jauh merentasi lautan dan benua.

“Apatah lagi negara yang diketahui bahawa agenda penjajahannya belum lagi dipadamkan dan terkini dalam keadaan tercorot di Afghanistan dan Iraq. Lalu, mereka mengubah strategi dengan mengadakan pakatan baharu bernama AUKUS dan kita perlu berhati-hati terhadapnya.

“Langkah ini diambil kerana tidak boleh diizinkan mengulangi sekali lagi sejarah tanah air ini menjadi pangkalan kepada negara asing yang jauh sebagai medan peperangan, demi keselamatan dan keamanan mereka, bukannya bagi kita di sini,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok