Mahu balik kampung beraya? Ambil lah iktibar kesengsaraan pesakit Covid di ICU

May 8, 2021 · Isu semasa

Perkongsian rakaman video pendek para petugas kesihatan merawat seorang pesakit sedang bertarung nyawa berdepan serangan Covid-19 bukti krisis dihadapi seluruh negara ini bukan satu gurauan dan ancaman virus pembunuh tersebut tidak boleh dipandang ringan masyarakat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam akaun peribadi Twitternya berkongsi sebuah video berdurasi 44 saat yang menunjukkan seorang pesakit Covid-19 yang parah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan para petugas sedang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa pesakit.

Bagi seseorang pesakit yang parah, mereka terpaksa dimasukkan tiub, diberi ventilasi dan kemudiaan kedudukan badan mengiring ke tepi bagi memulihkan pernafasan pesakit tersebut.

Sekiranya orang ramai masih beranggapan virus ini hanya sekadar cerita dongeng atau mainan politik pihak tertentu, keadaan dalam ICU yang dikongsi itu bukti Covid-19 bukan rekaan semata-mata.

Langkah kerajaan menyekat orang ramai daripada pulang ke kampung bukan sengaja dibuat-buat, jika dibiarkan dibimbangi sistem kesihatan kita akan lumpuh sepenuhnya pada ketika katil ICU kini sudah penuh dengan pesakit positif Covid-19.

Kes harian mencecah ribuan, bayangkan jika orang ramai dibiarkan pulang ke kampung sudah pasti selepas ini akan lebih banyak kluster baharu muncul.

Seseorang itu tidak tahu dirinya dijangkiti selama dua minggu dan kemungkinan virus tersebut akan dibawa pulang dari bandar ke kampung, perkara ini salah satu punca kita sedang bergelut dengan pandemik ini disamping kemunculan varian-varian baharu ketika ini.

Malah, ketika ini pun sistem kesihatan negara sudah berada pada tahap kritikal ditambah pula dengan kemunculan kluster baharu saban hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 melonjak kepada 34,789 kes dan jumlah kes kumulatif pula sudah melepas paras 430 ribu iaitu 432,425 kes.

Kes harian baharu juga melebihi tiga ribu dicatat pada 6 Mei (3,551), 5 Mei (3,744 kes), 4 Mei (3,120 kes) dan 2 Mei (3,418 kes).

Setakat 7 Mei 2021, masih terdapat 425 kluster yang masih aktif dan 102 kluster menambah kes baharu, setiap hari KKM menerima laporan pertambahan kluster baharu yang muncul.

Sekiranya anda tidak kasihani diri para petugas barisan hadapan, tapi sekurang-kurangnya kasihani lah keluarga anda di kampung. Jangan jadikan kepulangan anda di kampung sebagai punca pemergian orang tersayang sekiranya anda membawa pulang bersama virus Covid-19 kepada ahli keluarga yang lain.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok