Lengkap vaksin boleh teman isteri bersalin: Khairy

September 27, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan akan memberi kelonggaran kepada suami yang lengkap divaksin Covid-19 untuk menemani isteri dalam wad bersalin sekiranya melahirkan anak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan beliau sudah memohon kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengeluarkan notis kebenaran itu di semua hospital kerajaan.

Namun begitu, suami yang ingin menemani isterinya dalam wad bersalin perlulah menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif sebelum dibenarkan berbuat demikian.

“Saya sudah memaklumkan kepada Tan Sri Noor Hisham untuk membenarkan bakal ayah yang lengkap divaksin dan menjalani ujian saringan Covid-19 dan negatif, untuk menemani isteri masing-masing di wad bersalin,” jelasnya menerusi laman Twitternya hari ini.

Selain itu, beliau juga menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang memohon suami lengkap divaksin dengan hasil negatif ujian saringan dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.

Mengulas isu sama, Dr Noor Hisham turut menjelaskan akan mengeluarkan notis arahan untuk membenarkan suami lengkap divaksin dan bebas Covid-19 untuk berbuat demikian.

“Ya, saya akan lakukan apa yang diperlukan,” jelasnya.

Sebelum ini, sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu, pihak hospital kerajaan menetapkan arahan, bahawa suami tidak dibenarkan untuk menemani isteri dalam dewan bersalin kerana penularan wabak Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok