Kerugian ditanggung jemaah umrah akan dibayar kerajaan 50-60 peratus

February 6, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan membayar 50 hingga 60 peratus kerugian yang dialami oleh jemaah umrah sepanjang penangguhan sementara ibadah tersebut selama sebulan bermula 8 Jan lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah melakukan tapisan senarai jemaah yang menanggung kerugian, menurut laporan Bernama.

Katanya, bagaimanapun proses berkenaan masih dalam penelitian di peringkat akhir dan ia dijangka dapat diselesaikan pada pertengahan bulan ini.

“Kami mengetahui, kumpulan jemaah yang terkandas baru-baru ini untuk mengerjakan umrah mengalami kerugian tertentu yang melibatkan perbelanjaan seperti penginapan dan tempahan lain. Oleh itu, kerajaan akan menanggung sebahagian daripada perkara tersebut.

“Proses ini masih dalam penelitian akhir, barangkali pertengahan bulan ini mengikut apa yang disebutkan oleh TH dengan kerjasama MOTAC dan kumpulan persatuan umrah akan memurnikan (membuat tapisan) senarai jemaah yang benar-benar menanggung kerugian,” katanya.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Santuni Nelayan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata pembayaran berkenaan akan dibuat secara terus oleh TH kepada jemaah yang berkenaan.

Katanya, jemaah perlu ke mana-mana cawangan TH yang terdekat dengan membawa dokumen berkaitan termasuk kad pengenalan diri, visa dan juga butiran terperinci mengenai umrah.

“Kalau mereka ada akaun TH lagi senang memandangkan pembayaran akan dimasukkan secara terus ke akaun jemaah. TH akan agihkan peruntukan yang disediakan kerajaan, melalui Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada bakal jemaah yang akan menunaikan umrah pada Selasa ini (8 Feb) agar menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk kekal memakai pelitup muka dan sebagainya.

“Seperti kita lihat, sehari dua ini berlaku peningkatan kes harian Covid-19 susulan penularan varian Omicron. Jadi saya harap supaya jemaah kekal patuh SOP memandangkan kita mahu memastikan mereka pulang dari umrah nanti agar tidak menyumbangkan kepada peningkatan kes yang mendadak,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok