Kedah peruntukkan RM1.2 juta bantuan operasi kepada institusi pendidikan agama

July 6, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan RM1.185 juta bantuan operasi institusi pendidikan agama kepada Sekolah Rendah Asrama (SRA), Sekolah Menengah Agama (SMA), Maahad Tahfiz dan madrasah atau sekolah pondok yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

Kata Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bantuan yang diagihkan bukanlah peruntukan baharu tetapi telah diluluskan dalam Belanjawan 2023.

“Jangan pula nanti ada yang kata ini rasuah pilihan raya.

“Agihan RM225,000 untuk 25 buah SRA, RM185,000 untuk 37 buah SMA, RM580,000 untuk 116 buah Maahad Tahfiz dan RM195,000 untuk madrasah atau sekolah pondok.

“Kadar bantuan dikekalkan iaitu RM5,000 bagi setiap sekolah atau maahad,” katanya dalam Majlis Penyerahan Bantuan Operasi Sekolah Institusi Pendidikan Agama Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023.

Sanusi turut berterima kasih kepada semua institusi pendidikan itu kerana telah banyak membiayai sendiri operasi sekolah selama puluhan tahun sehingga melahirkan insan-insan yang berguna.

Selaku Menteri Besar, beliau sentiasa menyokong penuh usaha JHEAIK dalam memperkasakan pendidikan Islam terutamanya dengan menilai aspek-aspek kurikulum serta dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan.

Jelas Sanusi, bantuan operasi untuk institusi pendidikan agama di negeri Kedah itu diberikan setiap tahun.

“Pada tahun 2021, bantuan sebanyak RM955,000 kita agihkan kepada 191 buah sekolah sebanyak RM5,000 bagi setiap sekolah.

“Pada tahun 2022, kita tambah lagi peruntukan kepada RM1.05 juta untuk 210 buah sekolah, juga dengan kadar RM5,000 bagi setiap sekolah,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, JHEAIK sedang berusaha ke arah mewujudkan program Kemahiran Pengurusan Masjid kepada pelajar-pelajar sekolah agama termasuk maahad tahfiz sebagai persiapan kecemerlangan aspek pengurusan masjid dalam kalangan generasi pelapis.

“Masyarakat sentiasa memandang tinggi akan peranan sekolah agama dalam mendidik anak-anak untuk menggalas tanggungjawab menjaga imej dan kesucian syiar Islam di tanah air kita ini,” kata beliau.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok