Kalimah Allah: Kabinet tentukan kementerian sesuai kemuka cadangan

May 18, 2023 · Isu semasa

Kabinet akan memutuskan satu kementerian yang bertanggungjawab untuk mengemukakan rencana komprehensif pengukuhan dasar berkait kalimah Allah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata rencana itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat.

“Kabinet akan tentukan namun kalau dari segi akta yang menjadi punca kuasa iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, akta itu dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Namun atas nama mengemukakan satu rencana komprehensif untuk kawal selia isu ini kepada Majlis Raja-Raja, itu akan diputuskan oleh Kabinet,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Persaraan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah emberi perkenan untuk mempersembahkan cadangan pengukuhan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja.

Kata Anwar ia bagi mencapai penyelesaian secara menyeluruh mengenai isu penggunaan kalimah Allah.

Sebelum ini, keputusan Kerajaan Malaysia dan KDN menarik balik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan kalimah Allah, baitullah, solat dan Kaabah dibantah pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Notis pemberhentian rayuan itu difailkan pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Kelmarin Saifuddin memaklumkan keputusan itu disebabkan berlaku percanggahan arahan pentadbiran KDN dan Kabinet pada tahun 1986.

Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang penganut agama Kristian dari Sarawak, Jill Ireland untuk menggunakan kalimah Allah dalam pembelajaran agamanya.

Dalam keputusannya, Hakim Nor Bee berkata arahan KDN pada 5 Disember 1986 bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘baitullah’, ‘solat’ dan ’Kaabah’ ke atas orang bukan Islam menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
26 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
7 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok