Kajian menyeluruh sebelum perkenal semula GST: IDEAS

June 11, 2022 · Isu semasa

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), jika dilaksanakan semula di Malaysia, perlu mempunyai kajian yang menyeluruh dan pelbagai pusingan rundingan untuk mengkaji impak terhadap isi rumah dan kumpulan mudah terjejas.

Menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam kenyataan hari ini, langkah-langkah dasar lain seperti subsidi bersasar dan program jaringan keselamatan sosial yang formal juga perlu dilaksanakan untuk mengurangkan potensi kenaikan harga selepas GST dalam tempoh terdekat, lapor Bernama.

“Pada amnya, GST diperlukan untuk memperluas aliran hasil kerajaan secara mampan dalam menghadapi defisit bajet yang meluas. Terdapat ruang untuk memperluas asas cukai domestik untuk mengukuhkan kemampanan fiskal Malaysia.

“Daripada kutipan GST, ia terbukti mampu memacu hasil yang lebih tinggi daripada kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada masa ini dan ternyata telah mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada cukai pendapatan petroleum pada tahap tertentu, yang tertakluk kepada turun naik pasaran minyak global,” katanya.

Melihat kepada data dari 2011 hingga 2020, IDEAS berkata kira-kira 55 peratus daripada hasil kerajaan adalah daripada cukai langsung secara purata.

“Antaranya, bahagian cukai pendapatan petroleum berada pada aliran penurunan terutamanya sejak kejatuhan harga minyak global pada 2015. Penurunan ini telah diimbangi pada tahap tertentu dengan pelaksanaan GST dari 2015 hingga 2017.

“Apabila GST diperkenalkan pada 2015, ia membentuk kira-kira 14 peratus daripada hasil kerajaan, dan bahagian ini meningkat kepada 23.41 peratus pada 2017. Secara keseluruhannya, sumbangan SST hanya membentuk 8.0-14 peratus daripada hasil kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
18 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok