JHEAINS akan tutup masjid, surau tak patuh arahan SOP baharu Covid esok

June 12, 2022 · Isu semasa

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memberi amaran akan menutup sekurang-kurangnya seminggu, mana-mana masjid atau surau yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) baharu Covid-19 berkuat kuasa esok (13 Jun 2022).

Menurut kenyataan jabatan itu, mana-mana individu yang melanggar SOP berkenaan juga akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Selain itu, individu terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut tiga undang-undang lain, termasuk Seksyen 109 (Mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Mengikut peraturan yang akan berkuat kuasa esok, semua masjid dan surau dikehendaki menyediakan kemudahan mencuci tangan dengan sabun dan air atau cecair pembasmi kuman, selain memastikan ruang udara tertutup mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

“Masjid dan surau juga perlu mengingatkan jemaah supaya memakai pelitup muka di dalam ruang masjid dan surau yang tertutup serta menjaga kebersihan tangan,” kata JHEAINS.

Kenyataan itu juga menjelaskan individu yang tidak sihat, bergejala dan yang berstatus risiko tinggi kes positif Covid-19 atau dalam tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah tidak dibenar hadir.

JHEAINS juga mulai esok membenarkan aktiviti semua solat untuk merapatkan saf, mengadakan qiamullail dan iktikaf, serta bersalaman tetapi tidak menyentuh muka selepas itu.

Selain itu, jabatan berkenaan juga membenarkan majlis akad nikah, kenduri kahwin dan program komuniti yang lain tanpa penjarakan fizikal.

“Aktiviti di dalam dewan tertutup, bilik kuliah, dibenarkan, namun orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka. Bagi ruang terbuka atau kawasan lapang, pemakaian pelitup muka adalah digalakkan,” kata JHEAINS.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok