‘Harum Malam’ ditayang di festival filem AS, bersaing kategori seram

September 27, 2022 · Isu semasa

Pengarah tempatan terkenal Dain Said kembali dengan sebuah lagi karya seram berjudul ‘Harum Malam’, bakal ditayang di pawagam tempatan pada 9 Februari tahun depan.

Dikenali dengan karya-karyanya seperti ‘Bunohan’ pada 2011 serta ‘Dukun’ (2018), ‘Harum Malam’ mengisahkan tentang Iqbal, seorang pelatih iman dan pengusir setan berusia 16 tahun, diseksa oleh penglihatan orang mati dan roh dari dimensi lain.

Apabila roh jahat mula menimbulkan malapetaka di sekelilingnya, Iqbal terpaksa memanfaatkan pemberian ghaibnya untuk menyelamatkan keluarga dan rakan-rakannya.

Filem ini menampilkan barisan bintang tempatan yang terkenal termasuk Bront Palarae, Remy Ishak, Nabila Huda, Nadiya Nissa, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

Harum Malam atau tajuk antarabangsanya ‘Blood Flower’, juga akan memperkenalkan beberapa bintang tempatan yang akan datang seperti Idan Aedan, Arnie Shasha serta Angelica Petra.

Menjelang tayangannya di teater tempatan, ‘Harum Malam’ kini mengadakan tayangan perdana dunia di festival genre terbesar di Amerika Utara, Fantastic Fest, di mana ia bersaing di bawah kategori seram, menurut MalayMail.

Fantastic Fest dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 29 September di Austin, Texas.

Filem itu akan menuju ke tayangan perdana Eropah di Festival Filem Sitges di Sepanyol pada Oktober.

Ini akan menjadi filem kedua Dain yang ditayangkan di festival filem seram dan fantasi di mana sebelum ini filem ‘Interchange’ (2016) beliau ditayangkan di sana pada 2016.

Screendaily dalam laporannya pula mengatakan syarikat pengedar filem Reel Suspects yang berpangkalan di Paris telah memperoleh hak pengedaran filem ‘Harum Malam’ di Eropah dan Asia Timur, dengan hak Amerika Utara diwakili oleh XYZ Films yang berpangkalan di Los Angeles. https://www.screendaily.com/news/reel-suspects-xyz-films-board-malaysian-horror-blood-flower-exclusive/5174723.article

“Seram sebagai genre boleh menjadi penutup kepada banyak cerita berbeza tentang masyarakat.

“Harum Malam, pada terasnya, adalah mengenai keluarga, berlatarkan dunia filem seram. Filem seram sebelum ini yang saya rakam ialah Dukun, pada 2006.

“Jadi, saya sangat teruja untuk mempersembahkan filem terbaru saya kepada penonton Malaysia!” Dain berkata dalam satu kenyataan.

‘Harum Malam’ diterbitkan oleh Apparat Sdn Bhd dengan kerjasama Skop Productions dan D’Ayu Pictures.

Filem ini juga dihasilkan dengan sokongan Lembaga Kemajuan Filem Negara (Finas).

Sebelum ini, Dain telah membuat kejutan selepas memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 2019 untuk karyanya dalam filem ngeri seram 2018, ‘Dukun’.

‘Dukun’ juga antara 10 filem box office seram terbaik di Malaysia.

Berita berkaitan
Finas dan SKMM akan ambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang: Fahmi
March 5, 2023· Isu semasa
Nazri akui dipilih jadi duta semasa pentadbiran Ismail Sabri, ada jumpa Anwar bincang
February 14, 2023· Isu semasa
Lantikan duta bukan untuk kitar semula ahli politik, MP PKR bidas lantikan Nazri
February 12, 2023· Politik
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023· Dunia
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
9 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok