Harga siling kit ujian pantas antigen ditetapkan November

October 8, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan menetapkan satu paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) bulan depan, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu berkata pihaknya sedang membuat penilaian di peringkat industri sebelum menentukan harga siling borong dan runcit baharu bagi kit berkenaan.

“Kerajaan telah menerima maklum balas daripada industri berhubung paras harga yang wajar dipertimbangkan supaya dapat menjamin bekalan yang mencukupi dan berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) pada RM19.90 bagi setiap set manakala harga borong ditetapkan RM16 satu set, berkuat kuasa 5 Sept.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata harga siling kit ujian pantas antigen Covid-19 akan diturunkan tidak lama lagi, sebagai galakan untuk orang ramai membuat pemeriksaan sendiri setelah kebenaran rentas negeri dibenarkan.

Nanta berkata terdapat kira-kira enam juta kit ujian pantas antigen Covid-19 berada di pasaran.

Menurut beliau KPDNHEP juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membolehkan lebih banyak premis menjual kit berkenaan di pasar raya, yang dijangka dapat dilaksanakan menjelang akhir bulan ini.

“KPDNHEP akan memantau harga dan persaingan kesan daripada peluasan penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 selain daripada farmasi dan klinik,” katanya.

Beliau berkata mengambil kira semangat Keluarga Malaysia dan kepentingan kit ujian itu kepada masyarakat, KPDNHEP amat menggalakkan supaya peniaga menawarkan harga yang lebih rendah dan munasabah tanpa kerajaan menentukan paras harga yang baharu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok