
Tiada lagi subsidi bahan bakar kenderaan selepas ini.
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 22 hingga 28 Jun 2023.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
“Harga itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM),” kata kenyataan itu.
Menurut MOF, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada paras harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kata kenyataan itu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Namun, harga runcit petrol RON97 diturunkan selaras dengan pergerakan harga pasaran semasa.
Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.