Dakwaan Ratu Elizabeth II guna Ivermactin, KP Kesihatan ulangi penjelasan

March 19, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengulangi penjelasan bahawa Ivermactin tidak berkesan dalam merawat Covid-19 sebagaimana kajian klinikal yang telah dijalankan di 12 hospital di Malaysia sebelum ini.

Penjelasan itu dibuat Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan tindakan beberapa pihak yang kembali mendesak Ivermactin digunakan bagi merawat pesakit Covid-19.

“Agak ‘kecoh’ kembali oleh sesetengah pihak mendesak penggunaan Ivermectin untuk rawatan Covid-19,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini sambil mengariskan fakta asas yang wajar diketahui berhubung Ivermactin.

Berikut adalah beberapa fakta asas berhubung Ivermactin yang digariskan beliau:

  • Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar utk kegunaan manusia;
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 March 2021 membenarkan Ivermectin untuk rawatan Covid19 bagi tujuan kajian klinikal sahaja;
  • Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada 3 April 2021 memberi kelulusan Ivermectin digunakan untuk SARS-CoV-2 dalam kajian ‘in-vitro’ di makmal, bukan untuk manusia;
  • Kesatuan Eropah pada 27 Mei 2021, melarang Ivermectin digunakan ke atas pesakit kerana kekurangan bukti klinikal;
  • The Union Health & Family India, pada 7 Jun 2021 telah mengeluarkan dari senarai penggunaan (de-listed) Ivermectin, Hydroxychloroquine dan Favipiravir untuk rawatan pesakit Covid-19;
  • Laporan awal beberapa Kajian Klinikal di luar negara berkenaan Ivermectin, dan masih perlu dikaji dan diberi perhatian; dan
  • Kajian Klinikal di 12 hospital di Malaysia ke atas 500 pesakit risiko tinggi Covid-19 telahpun dilaporkan di Journal JAMA, iaitu Ivermectin tidak berkesan.

Sebelum ini, ada pihak mendesak semula supaya ubat antiparasit haiwan itu digunakan untuk merawak pesakit Covid-19.

Mereka dipercayai terpengaruh dengan laporan yang diakui silap yang mendakwa Ratu Elizabeth II menggunakan Stromectol, satu jenama Ivermactin, bagi merawat jangkitan Covid-19 yang dialaminya.

Sesetengah pengguna media sosial telah menggunakan ralat segmen berita Australia baru-baru ini, untuk mendakwa Ratu Elizabeth II mengambil ubat antiparasit Ivermectin bagi merawat Covid-19.

Pengguna Instagram pada 21 Februari lalu juga memaparkan tangkap layar siaran daripada “A Current Affair” sebuah program berita di Nine Network Australia, mengenai Ratu Elizabeth II yang memerangi Covid-19. Siaran itu memasukkan imej Stromectol, nama jenama Ivermectin.

“OMG, Ratu menggunakan ubat kuda,” kapsyen pada hantaran itu.

Pada 20 Februari lalu, Istana Buckingham mengumumkan Ratu Elizabeth II telah diuji positif. Ratu berusia 95 tahun yang telah divaksinasi sepenuhnya itu dilaporkan mengalami gejala ringan seperti selesema.

Pada 21 Februari satu kiriman video di dalam Instagram menunjukkan Dr Mukesh Haikerwal sedang berbincang mengenai rawatan pilihan bagi pesakit Covid-19 warga emas dalam rancangan “A Current Affair”. Rakaman Ivermectin turut ditunjukkan dalam klip video rancangan itu.

Dakwaan itu, turut tersebar di dalam Twitter, di mana klip video 35 saat menjana lebih daripada dua juta tontonan. Pengguna memetik video itu sebagai bukti bahawa Ratu Elizabeth II mengambil Ivermectin, yang tidak terbukti merawat Covid-19.

Tetapi rangkaian televisyen di sebalik segmen itu yang memasukkan rakaman Ivermectin telah menyatakan ralat mengenainya ketika penyuntingan.

Nine Network Australia tidak pernah mendakwa Ratu Elizabeth II mengambil Ivermectin untuk merawat Covid-19, sebaliknya mengakui kesilapan mereka yang sepatutnya meletakkan ubat antiviral Sotrovimab yang diluluskan Australia.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok