Covid-19: Kemasukan ke hospital naik 26.2% minggu epidemiologi 15

April 20, 2023 · Isu semasa

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 26.2 peratus pada minggu epidemiologi ke-15 dari 9 hingga 15 April berbanding minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kebanyakan pesakit adalah golongan berisiko tinggi, seperti warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.

“Dari 1 Januari 2023 hingga 15 April 2023, kadar kematian kes (CFR) Covid-19 dilaporkan 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR tinggi 2.1 peratus).

“Sebanyak 80.7 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun ke atas manakala 82.6 peratus adalah dalam kalangan individu yang mempunyai komorbiditi,” kata kenyataan itu.

Dalam tenpoh minggu itu, sebanyak 5,149 kes baharu dilaporkan, termasuk 240 kes yang melibatkan kluster.

Pada 9 April sebanyak 517 kes baharu direkodkan, diikuti 539 kes (10 April); 598 kes (11 April); 900 kes (12 April); 875 kes (13 April); 839 kes (14 April); dan 881 (15 April).

Sehingga kini, 14,517 kes masih aktif, 13,824 kes menjalani kuarantin di rumah; 679 mendapatkan rawatan di rumah dan 14 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara akhir 2021 lalu, sebanyak 5,062,060 kes telah dilaporkan dengan 5,010,543 pesakit telah sembuh dan 37,000 pesakit meninggal dunia.

KKM berkata kadar kematian dalam kalangan pesakit yang tidak pernah diberi vaksin adalah enam kali lebih tinggi daripada mereka yang menerima dos penggalak.

Berdasarkan data tahun ini, sehingga 17 April, hanya 50 peratus (16,327,196) rakyat Malaysia telah menerima suntikan penggalak pertama dan 2.5 peratus (819,150 individu) menerima dos penggalak kedua.

“Risiko kemasukan ke hospital dan keterukan simptom boleh dikurangkan dengan mengambil dos penggalak.

“…orang ramai, terutamanya individu berisiko tinggi, dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kerana imuniti berkurangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas dos terakhir,” menurut kenyataan itu.

KKM turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19 ketika sambutan Aidilfitri.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Longkang berpotensi runtuh lagi
January 26, 2022
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023
Sembilan rakyat Malaysia di Ukraine tiba di Poland
February 27, 2022
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok