Covid-19: Bersiap sedia hadapi yang terburuk, kata KP Kesihatan

May 25, 2021 · Isu semasa

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membayangkan kemungkinan kes Covid-19 di negara ini mencetuskan lonjakan terburuk jika berdasarkan trend kenaikan yang berlaku sekarang.

Dalam satu kenyataan di laman Twitternya hari ini, beliau memuat naik grafik berkaitan kenaikan kes Covid-19 yang bermula pada 1 April lalu.

“Kes Covid-19 harian kita mengikuti trend eksponen seperti yang ditunjukkan oleh grafik di bawah.

“Peningkatan kes bermula pada 1 April 2021 dan boleh mencetuskan lonjakan menegak,” katanya.

Statistik peningkatan kes Covid-19 sejak 1 April 2021.

Sehubungan itu beliau mengingatkan semua pihak supaya melakukan persediaan untuk berdepan situasi terburuk gelombang ketiga pandemik Covid-19 di negara ini.

“Kita perlu melakukan persediaan untuk berdepan lonjakan yang terburuk,” katanya.

Dr Noor Hisham meminta orang ramai supaya sama-sama membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang semakin meruncing.

“Tolong bantu kami untuk tinggal di rumah. Hanya bersama-sama kita dapat memutuskan rantai jangkitan.

“Mengabaikan fakta dan data bukan alasan untuk tidak tinggal di rumah. Sekiranya anda mempunyai masalah mendesak untuk keperluan tertentu atau bekerja, sila patuhi semua prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok