Agong gesa rakyat sertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

March 29, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua rakyat untuk berganding bahu menunaikan tanggungjawab melindungi diri dan masyarakat menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, lapor Bernama.

Seri Paduka bertitah usaha melawan pandemik COVID-19 wajar digalas menerusi kerjasama semua pihak termasuk antara kerajaan dan rakyat serta melalui semangat setiakawan yang erat di seluruh rakyat.

“Beta menaruh sepenuh keyakinan, berbekalkan ikhtiar serta usaha kita semua menerusi Program Pemerkasaan Komuniti dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, akan membolehkan kita bangkit semula, bersama seiring dan sehaluan membina masa hadapan yang lebih gemilang buat negara yang dicintai ini.

“Marilah kita bersama-sama meneruskan agenda memerangi pandemik COVID-19 dan menunaikan kewajipan untuk melindungi negara tanah tumpahnya darah kita,” titah baginda dalam Titah Diraja sempena pelancaran Program Pemerkasaan Komuniti yang disiarkan secara langsung menerusi RTM hari ini.

Baginda bertitah ketika negara mula dilanda gelombang pertama pandemik COVID-19 pada awal tahun lepas, negara berjaya melandaikan lekuk peningkatan kes harian hasil usaha gigih pelbagai pihak serta kerjasama erat seluruh rakyat Malaysia.

Namun, titah Seri Paduka, pada tahun ini negara dikejutkan dengan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 yang telah membawa cabaran getir kepada petugas barisan hadapan dan fasiliti kesihatan negara, seterusnya mengubah falsafah kehidupan rakyat.

Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda menyambut baik usaha kerajaan dalam merangka Program Pemerkasaan Komuniti yang menyaksikan penglibatan seluruh lapisan masyarakat dan pemimpin komuniti dalam mengurang serta mencegah jangkitan COVID-19.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
 ‘Hilang’ daripada laman web, CEO Yayasan Peneraju dipecat?
May 2, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok