94.7% individu dewasa, 55.3 peratus remaja lengkap divaksin

October 26, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 94.7 peratus individu dewasa di seluruh negara telah lengkap divaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, 25 Oktober 2021.

Sementara 97.5 peratus lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut laman sesawang KKM, COVIDNOW, sebanyak 44,946,696 dos vaksin telah diberikan kepada golongan itu dengan 123,771 daripadanya membabitkan penerima dos penggalak.

Semalam, sebanyak 52,742 dos diberikan kepada 23,088 individu dewasa yang melengkapkan naksinasi masing-masing, 7,473 menerima dos pertama, dan 22,181 penerima dos penggalak.

Sementara itu, 55.3 peratus atau 1,739,835 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi masing-masing, sementara 81.6 peratus atau 2,566,922 lagi remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak PICK Remaja dilancarkan 20 September lalu sebanyak 4,306,757 dos diberikan. Jumlah itu termasuk 131,420 dos yang diberikan semalam membabitkan 116,966 remaja melengkapkan dos masing-masing, dan 14,454 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya, sebanyak 49,253,453 dos telah diberikan sehingga semalam membabitkan 73.2 peratus atau 23,906,468 individu telah lengkap divaksinasi, dan 77.7 peratus atau 25,388,935 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok