55 kawasan di Klang, Shah Alam alami gangguan air malam ini

March 24, 2023 · Isu semasa

Lima puluh lima kawasan di Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam tadi susulan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja pembaikan itu dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat apabila sistem bekalan air distabilkan selepas kerja-kerja pembaikan selesai.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Justeru, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” kata Air Selangor dalam laman Facebooknya hari ini (24 Mac 2023).

Air Selangor turut menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Menurutnya, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Kawasan yang terjejas boleh didapati di laman Facebook Air Selangor.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok