22,000 pesara kerajaan jadi mangsa scammer kerugian sejumlah RM850 juta

June 20, 2023 · Isu semasa

Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini, melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Justeru, beliau berkata kerajaan amat berharap agar Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meneruskan program khas untuk memberi dan meningkatkan kesedaran golongan pesara bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa pihak yang mengambil kesempatan itu, menurut laporan Bernama.

“Kerjasama daripada pelbagai pihak juga amat penting untuk menghasilkan penyelesaian yang mampan dan inklusif dalam menangani isu penipuan ini,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian pembaharuan memorandum persefahaman dan pengenalan sistem integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), KWAP dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di sini, hari ini.

Mengenai integrasi sistem JPA, KWAP dan LPPSA, Ahmad berkata pesara tidak perlu bersusah hati memikirkan urusan pembayaran pembiayaan perumahan mereka menerusi potongan pencen kerana segala data yang diperlukan oleh LPPSA telah tersedia dikemas kini dalam sistem tersebut.

Ahmad juga mengingatkan pesara supaya mengetahui komitmen kewangan yang bakal mereka hadapi setelah berpencen bagi merancang kewangan sebaiknya.

Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA Mohd Farid Nawawi pula berkata integrasi itu merupakan sebuah rangkaian proses baharu bagi menghubungkan sistem persaraan JPA, KWAP dan LPPSA.

“Proses integrasi ini dilakukan untuk menyelaraskan data agar setiap pusat agensi memiliki data persaraan yang sama. Selain itu, integrasi juga adalah bertujuan untuk meningkatkan ketepatan data dan meminimakan kesalahan,” katanya.

Tambahnya kerjasama itu juga membantu usaha pihak kerajaan dalam memberi kemudahan kepada penjawat awam selain meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman cemerlang kepada pesara kerajaan.

Berita berkaitan
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Tak perlu sokongan MP pembangkang dalam kerajaan campuran: Mat Maslan
November 4, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
164 kes baharu, satu kematian
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
9 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok