2,191 kes semalam, dua kematian

August 29, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 28 Ogos), turun lagi kepada 2,191 kes berbanding 2,491 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,776,194 kes, dengan 4,707,095 pesakit telah sembuh, termasuk 3,796 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,527 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 433 kes (penerima dua dos); 220 (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 32,901 kes masih aktif, turun berbanding 34,508 yang dicatat pada Sabtu. Jumlah itu termasuk, 31,527 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (33,090 pada Sabtu); dan 19 ditempatkan di PKRC (22 pada Sabtu).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga turun kepada 1,282 semalam, berbanding 1,324 pesakit pada Sabtu, dan 73 dimasukkan ke unit rawatan rapi (72 pada Sabtu), dengan 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (49 pada Sabtu).

Data laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan sepanjang minggu ini individu berusia 18 hingga 29 tahun menyumbang jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 4,838 kes.

Ini diikuti 4,658 kes membabitkan individu berusia 30 hingga 39 tahun, diikuti 2,798 kes (40-49 tahun); 1,602 kes (50-59 tahun); 1,089 (60-69 tahun); 1,022 kes (12-17 tahun); 851 kes (5-11 tahun); 725 kes (0-4 tahun); 632 kes (70-79 tahun); dan 491 kes (80 tahun dan ke atas).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 720 (1,458,658);
  • Kuala Lumpur – 398 (424,696);
  • Johor – 87 (391,748);
  • Sabah – 212 (389,273);
  • Sarawak – 54 (312,586);
  • Kedah – 18 (307,457);
  • Pulau Pinang – 83 (294,630);
  • Kelantan – 53 (251,721);
  • Perak – 180 (222,188);
  • Negeri Sembilan – 119 (219,026);
  • Pahang – 48 (175,982);
  • Melaka – 79 (132,838);
  • Terengganu – 48 (128,659);
  • Putrajaya – 20 (26,413);
  • Labuan – 4 (22,132); dan
  • Perlis – 8 (18,187).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Kedua-dua kes kematian itu dilaporkan di hospital.

Dua kes kematian itu dilaporkan di Perak.

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,198 kes, termasuk 7,696 kes BID.

Rekod KKM juga menunjukkan dalam tempoh seminggu lalu, 24 kes kematian melibatkan individu berusia 80 tahun dan ke atas, diikuti 14 kes (70-79 tahun); enam kes (60-69 tahun); empat kes (40-49 tahun); tiga kes (50-59 tahun); dua kes (30-39 tahun); dan satu kes (12-17 tahun).

Sementara itu, KKM juga melaporkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam, lebih 72.26 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,091,428 dos atau 86.0 peratus melibatkan dos pertama, diikuti 27,493,018atau 84.2 peratus (dos kedua); 16,215,480 atau 49.7 peratus (dos penggalak pertama); dan 460,427 atau 1.4 peratus (dos penggalak kedua).

Data KKM juga menunjukkan 99.3 peratus individu dewasa menerima dos pertama, 98.1 peratus (dos kedua), dan 68.9 peratus (dos penggalak), manakala 94.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula menerima dos pertama; 92.4 peratus (dos kedua); dan 49.9 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun menerima dos pertama, serta 43.0 peratus lagi (dos kedua).

Secara keseluruhannya sejak PICK dilancarkan hingga semalam, sebanyak 61.2 peratus vaksin yang diberikan adalah jenis Pfizer, diikuti 29.9 peratus (Sinovac); 7.9 peratus (AstraZeneca); dan 0.3 peratus (Cansino).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok