‘Yahudi kena pijak mayat kami dulu baru boleh masuk Haram al-Sharif’

May 10, 2021 · Dunia

Pengarah Masjid Al-Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani merayu bantuan dunia Islam tatkala askar dan polis rejim Zinois Israel terus menceroboh tanah suci Baitulmaqdis

“Masjid Al-Aqsa sedang diserang. Ekstremis Yahudi tidak akan dapat masuk ke bangunan utama Masjid Al-Aqsa – Haram al-Sharif – sebelum memijak mayat kami,” tegasnya hari ini.

Sambil menyatakan polis rejim Israel melanggar kedaulatan Haram al-Sharif beliau menyampaikan kata-kata kepada dunia Islam ‘di mana kehormatan anda’.

Ekstremis Yahudi dan kumpulan Zionis sebelum membuat keputusan untuk memasuki Masjid Al-Aqsa bagi menyambut hari kemenangan menawan Baitulmaqdis pada perang 1967.

Askar rejim Israel terus bertindak ganas hari ini dengan menggempur Masjid Al-Aqsa dan menyerang warga Palestin yang mempertahan masjid ketiga suci umat Islam itu daripada diceroboh kumpulan Zionis dan ekstremis Yahudi.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata 215 individu cedera dalam tindakan kejam askar Zionis, termasuk 153 yang mengalami cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Persatuan itu melaporkan pada awalnya mereka tidak dibenar masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa untuk memberi rawatan kepada mereka yang cedera.

Terdahulu, ribuan penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa yang terletak di bandar lama Baitulmaqdis, selepas solat Maghrib.

Mereka kemudian kekal berada di dalam kompleks itu bagi menghalang ekstremis Yahudi kumpulan Zionis daripada menceroboh Masjid Al-Aqsa.

Warga Palestin juga memasang sekatan di beberapa tempat di Haram al-Sharif – bangunan utama Masjid Al-Aqsa – sambil melaungkan kata-kata mereka tidak akan meninggalkan masjid itu.

Pergerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas) berkata, rejim Zionis Israel kini melancarkan ‘perang agama’ terhadap umat Islam Palestin di Baitulmaqdis.

Malam tadi sayap tentera Hamas – Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – membedil penempatan diduduki secara haram warga Israel dan pendatang Yahudi di Askalan dan sekitar Semenanjung Gaza.

Panglima Tertinggi Al-Qassam Muhammad Deif berkata, pergerakan itu akan membantu dan melindungi Baitulmaqdis dan tidak akan berdiam diri.

Bagaimanapun, sejurus serangan roket ke arah penempatan haram Yahudi itu, rejim Zionis Israel mengerahkan pesawat tempurnya mengebom Semenanjung Gaza, malam tadi.

Serangan itu menyasarkan pos pemantauan Al-Qassam di tengah Semenanjung Gaza. – Agensi

Berita berkaitan
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
PAS beri sokongan kepada HAMAS, Hadi hubungi Ismail Haniyeh
October 31, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Popular
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023
Tempoh kuarantin Covid-19 di Jerman hanya 5 hari
May 4, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok