WHO gesa hentikan ‘skandal’ vaksin

November 13, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ketidakadilan dalam pengedaran dan akses vaksin Covid-19 di seluruh dunia ‘adalah skandal yang mesti dihentikan sekarang’.

“Setiap hari terdapat enam kali ganda suntikan penggalak diberikan pada peringkat global berbanding pemberian dos biasa di negara berpendapatan rendah,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Perbezaan pemberian vaksin global paling ketara dapat dilihat di Afrika di mana hanya enam peratus daripada populasinya lengkah divaksinasi, menurut data terbaharu WHO.

WHO juga sedang bergelut dengan krisis baharu Covid-19 di Eropah, yang menyaksikan hampir dua juta kes baharu minggu lepas – paling banyak dalam seminggu di benua itu sejak permulaan wabak melanda dunia.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mahu memberi vaksin kepada 40 peratus penduduk di setiap negara menjelang akhir 2021 tetapi berkata ia memerlukan tambahan 550 juta dos untuk memenuhi sasaran itu.

Tedros juga menggesa semua negara meningkatkan usaha pemberian vaksin secara bersasar selepas Eropah merekodkan peningkatan mendadak kes Covid-19.

“Dunia kini menyaksikan banyak negara mula melaksanakan semula perintah larangan dan menggandakan pemberian vaksin serta dos penggalak.

“Peningkatan kes ini adalah yang tertinggi sejak pandemik coronavirus bermula dan isu sekarang bukan sekadar berapa ramai yang divaksin sebaliknya siapa yang divaksin.

“Tidak masuk akal memberikan dos penggalak kepada orang dewasa yang sihat atau memberi vaksin kepada kanak-kanak apabila pekerja kesihatan dan warga tua serta kumpulan berisiko di seluruh dunia belum mendapat dos pertama mereka,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok