Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis

September 22, 2022 · Dunia

Semakin ramai wanita dan gadis di Iran memotong rambut mereka dan menanggalkan tudung untuk memprotes kematian Mahsa Amini – gadis berusia 22 tahun yang meninggal dunia dalam tahanan pihak berkuasa.

Mahsa meninggal dunia di Tehran pada Jumaat lalu, hanya beberapa hari selepas ditangkap oleh ‘polis moral’ Iran kerana didakwa memakai tudungnya secara tidak wajar.

Menurut Al Jazeera, wanita itu mengalami strok dan beberapa serangan jantung semasa dia ditahan oleh Gasht-e Ershad atau ‘polis moral’ Iran.

Pada Isnin, Komander Polis Greater Tehran Hossein Rahimi menyifatkan kematian Mahsa sebagai “malang” dan menafikan bahawa polis tempatan telah mencederakannya, lapor Reuters.

Bagaimanapun, saksi mendakwa Mahsa telah dipukul oleh pihak berkuasa tempatan, manakala keluarganya menegaskan dia sihat secara fizikal sebelum ditangkap.

Insiden itu telah mencetuskan bantahan besar-besaran di beberapa bandar seperti Tehran dan Kermanshah, dengan beribu-ribu orang turun ke jalan sebagai protes terhadap dakwaan penganiayaan ke atas Mahsa.

Penunjuk perasaan wanita khususnya, telah menunjukkan bantahan mereka dengan memotong rambut mereka secara terbuka, dengan ada yang menanggalkan, malah membakar tudung mereka.

Golongan wanita juga telah melakukan protes dalam talian dengan menyiarkan video memotong rambut mereka ke media sosial.

Satu video sedemikian oleh penyanyi Iran Donya Dadrasan telah mendapat lebih satu juta tontonan.

Sementara itu, badan pemantau internet Netblocks mendakwa bahawa data rangkaiannya menunjukkan “gangguan hampir keseluruhan” akses Internet di Iran, dengan Instagram dan Whatsapp dihadkan.

Di bawah kanun keseksaan Iran, seperti yang diterbitkan dalam RefWorld, wanita yang tampil di khalayak tanpa hijab yang sesuai boleh didenda atau dipenjarakan dari 10 hari hingga dua bulan. – Agensi

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023
Ahli politik Kashmir ditahan India ditelanjang, digantung terbalik: Pakar PBB
June 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok