Tokyo dalam darurat Covid-19 mulai hari ini

July 12, 2021 · Dunia

Perdana Menteri Yoshihide Suga meletakkan Tokyo di bawah perintah darurat Covid-19 tahap empat bermula hari ini hingga 22 Ogos, dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 tatkala Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung.

Dengan peraturan ketat sepanjang acara sukan itu berlangsung, Jepun berusaha mengurangkan pergerakan orang ramai, khususnya pada cuti musim panas kerana bimbang Olimpik 2020 menjadi pusat penularan Covid-19.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dibuka secara rasmi pada 23 Julai dan berakhir pada 8 Ogos, akan diadakan secara tertutup di kebanyakan lokasi di sekitar Tokyo.

Selain di Tokyo, perintah darurat Covid-19 turut dikenakan di wilayah Okinmawa, Chiba, Saitama, Kanagawa dan Osaka.

Bagaimanapun perintah darurat Covid-19 tidak dilakukan secara menyeluruh di seluruh wilayah berkenaan, sebaliknya ditumpukan di kawasan panas. Beberapa peraturannya juga dilonggarkan bagi seluruh wilayah, berbanding perintah darurat biasa yang lebih ketat.

Di bawah perintah darurat biasa, restoran dilarang menawarkan alkohol dan perlu ditutup pada jam 8 malam. Walaupun, perintah darurat Covid-19 juga melarang alkohol dijual, namun di sesetengah kawasan ia dibenarkan sehingga jam 7 malam.

Di Tokyo, kemudahan komersial utama wajib ditutup pada jam 8 malam. Kehadiran di acara besar adalah terhad kepada 5,000 orang atau 50% dari kapasiti tempat, mana yang lebih sedikit. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok