Tiga individu diserah Malaysia kepada Thailan bukan pejuang

January 15, 2022 · Dunia

Thailand hari ini menafikan dakwaan bahawa tiga rakyatnya yang diserahkan oleh Kerajaan Malaysia ada kaitan dengan dialog damai yang diadakan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

Media Thailand pada Sabtu melaporkan penyerahan ketiga-tiga mereka dibuat pada Rabu (12 Januari), hari kedua rundingan dialog damai berkenaan, lapor Bernama

Ketiga-tiga mereka yang mempunyai rekod jenayah itu ditahan berhampiran Durian Burung, di negeri Kedah bulan lalu, bukannya anggota kumpulan pejuang Islam.

Ketua perunding rundingan damai Selatan Thailand Jeneral Wanlop Rugsanaoh berkata penyerahan itu adalah hasil kerjasama dalam ekstradisi antara kedua-dua negara, dan tiada kaitan dengan dialog damai yang diadakan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Phuket, Thailand, hari ini.

Ketiga-tiga suspek yang mempunyai pelbagai rekod jenayah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan di selatan berada dalam senarai orang dikehendaki di Thailand.

Pada 11 dan 12 Januari lalu, rundingan damai secara bersemuka Selatan Thailand yang tertangguh selama hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19, disambung buat kali pertama di Kuala Lumpur.

Wanlop dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diketuai oleh Anas Abdulrahman, hadir ke rundingan dua hari itu.

Rundingan itu dibantu oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Mohd Noor sebagai pemudah cara yang mewakili Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Wanlop berkata Thailand kekal komited untuk mencari penyelesaian berkekalan untuk menamatkan konflik di wilayah selatan negara itu dan menjangkakan perkembangan positif dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Rundingan bersemuka di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Januari baru-baru ini selepas hampir dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid-19 berjalan lancar dengan kedua-dua pihak menunjukkan sikap mesra,” katanya.

Wanlop menjelaskan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan mesyuarat rundingan damai setiap dua hingga tiga bulan namun ia bergantung kepada situasi Covid-19.

“Kami  juga setuju penyertaan daripada semua sektor dan pihak berkaitan agar dapat mencari penyelesaian secara damai dan menamatkan konflik di wilayah selatan Thailand,” katanya.

Wanlop berkata sejak perbincangan pertama dengan BRN pada tahun 2019, kedua-dua pihak kini menunjukkan kepercayaan yang lebih tinggi.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok