Thailand ‘halal’ ganja, penyeludupan ke Malaysia bakal meningkat

January 18, 2022 · Dunia

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Thailand akan menyerahkan cadangan kepada Lembaga Kawalan Narkotik negara itu esok, bagi mengeluarkan ganja daripada senarai dadah terkawal.

Langkah itu dibuat dalam rangka membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi, selepas menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ianya digunakan bagi tujuan perubatan, bahan dalam makanan dan kosmetik.

Sebaik diluluskan oleh lembaga itu, cadangan berkenaan perlu diluluskan Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul sebelum ia berkuat kuasa.

Tindakan itu akan membolehkan orang ramai mengakses sepenuhnya ganja tanpa rasa takut akan hukuman penjara yang panjang dan denda yang tinggi, Timbalan Ketua Setiausaha FDA Dr Withid Sariddeechaikool.

Undang-undang baharu ‘menghalalkan’ ganja di Thailand itu dijangka memberi kesan besar kepada Malaysia, khususnya melibatkan penyeludupan dadah menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand.

Sindiket penyeludupan ganja akan mengambil kesempatan membawa masuk dadah itu ke Malaysia apabila pihak berkuasa Thailand tidak lagi mengambil tindakan.

Pada masa ini, individu yang didapati memiliki ganja di Thailand boleh dikenakan penjara sehingga 15 tahun kerana ia dikategorikan sebagai dadah narkotik kategori lima.

“Jika kita dapat membenarkan ganja, kita akan mendapat manfaat daripada semua tumbuhan dan bukan hanya sebahagian daripadanya,” kata Dr Withid.

“Putik bunga dan benih boleh digunakan secara ekonomi dan mematuhi undang-undang,” katanya.

Thailand telah meneruskan pendekatan sedikit demi sedikit untuk meliberalisasikan ganja, mengekalkan banyak undang-undang yang menyekat penanaman, penuaian dan pengekstrakan tanaman.

Tahun lalu, negara itu meluluskan penggunaan ketum, tumbuhan psikoaktif yang serupa dengan opiat iaitu bahan daripada candu, yang berasal dari negara tropika di Asia Tenggara.

Mengulas perkara ituu, penganalisis Krungsri Research, Chaiwat Sowcharoensuk berkata perubahan undang-undang itu akan membolehkan ganja dibeli, dijual dan digunakan secara bebas.

“Namun bagi penggunaan rekreasi mungkin akan kekal terkawal, kerana ekstrak ganja dengan paras tetrahydrocannabinol boleh membuat orang ramai khayal.

“Pengeluar sabun, produk kecantikan dan kosmetik daripada ganja berkemungkinan menjadi pihak yang paling mendapat manfaat daripada langkah terbaharu itu,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok