Thailand bakal naikkan tarif sewa bilik hotel kepada pelancong asing

July 7, 2022 · Dunia

Pelancong asing tidak lama lagi mungkin mendapati Thailand sebagai destinasi yang lebih mahal berbanding dua tahun lalu, dengan negara itu kini merancang untuk menaikkan kadar bayaran bilik hotel ke tahap pra-pandemi bagi menyokong pemulihan industri pelancongan dengan lebih pantas.

Kementerian Pelancongan Thailand bercadang meminta pengendali hotel melaksanakan struktur dwi-tarif di mana pelawat asing mungkin dikenakan kadar yang sama seperti hari-hari sebelum Covid-19 melanda, manakala penduduk tempatan pula mungkin terus menikmati kadar diskaun, kata jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul.

“Ini adalah bagi mengekalkan standard kadar dan perkhidmatan kami untuk pelancong asing, yang menjejaskan persepsi jenama pelancongan negara,” kata Traisuree.

“Kadar yang telah dikurangkan semasa Covid-19 akan dikekalkan untuk rakyat Thailand bagi mengimbangi momentum pelancongan domestik.”

Hotel di kawasan tumpuan pelancongan seperti Bangkok, Phuket, Krabi dan Koh Samui terus menawarkan diskaun besar untuk menarik balik pengunjung selepas wabak itu menyebabkan kadar penghunian bilik kepada kira-kira 30 peratus sahaja.

Walaupun tiada maklum balas segera terhadap cadangan daripada pengendali hotel, Kementerian Pelancongan dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Hotel Thailand tidak lama lagi mengenai pelan dwi-tarif itu, kata Traisuree.

Walaupun Thailand telah membatalkan semua sekatan perjalanan berkaitan Covid-19, sektor pelancongan masih bergelora dengan kerugian besar yang terkumpul semasa wabak itu.

Thailand menjangkakan 9.3 juta ketibaan asing tahun ini, sebahagian kecil daripada 40 juta pelancong yang diterimanya pada 2019.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam lalu, terdapat 2,366 pesakit baharu yang disahkan positif Covid-19, empat daripadanya telah tiba di Thailand dari luar negara.

Thailand juga merekodkan 20 kematian dalam tempoh itu, manakala 2,234 pesakit telah sembuh dan dibenarkan meninggalkan hospital. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok