Tahun Baru Cina: Tiket bas VTL Malaysia-Singapura habis dijual

January 11, 2022 · Dunia

Belum pasti sama ada Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Singapura dan Malaysia akan dibuka sepenuhnya sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada 1 Februari depan, tiket bas untuk memasuki negara ini sudah habis dijual di republik itu semalam.

Memetik laporan media Singapura, semua 6,480 tiket yang dijual oleh pengendali bas Causeway Link menerusi VTL Malaysia-Singapura telah habis dalam beberapa jam semalam, ketika orang ramai membuat rancangan untuk menyeberangi sempadan bagi menyambut perayaan itu.

Laporan menyebut tiket untuk perjalanan bagi enam hari pertama Februari – termasuk hari pertama Tahun Baharu Cina pada 1 Februari – dijual mulai jam 10 pagi semalam.

Tiket Transtar Travel, yang mula dijual minggu lalu, juga telah habis, memetik laporan The Straits Times.

Causeway Link dan Transtar Travel adalah satu-satunya pengendali perkhidmatan bas yang menggunakan laluan di bawah VTL darat Malaysia-Singapura.

Pada 22 Disember tahun lalu, Singapura mengambil langkah dengan membekukan penjualan tiket penerbangan dan bas VTL ke Malaysia sehingga 20 Januari ini.

Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan risiko negara itu terdedah itu kepada kes import varian baharu Covid-19, Omicron.

Pihak berkuasa juga mengurangkan separuh kuota untuk jumlah pengembara yang dibenarkan menyeberangi Tambak Johor di bawah VTL darat mulai 21 Januari 2022. Republik itu masih belum menarik balik langkah berkenaan.

Jurucakap Causeway Link berkata lebih separuh daripada tiket yang dijual pada Isnin habis dalam masa sejam.

Menurutnya permintaan adalah tinggi tetapi pengendali bas Malaysia tidak dibenarkan mengeluarkan lebih banyak tiket, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beberapa individu yang berjaya membeli tiket dari Causeway Link kemudiannya mengadu bahawa tempahan mereka telah ditukar.

Mereka pada asalnya telah menempah tiket dari Johor Baru ke Singapura, tetapi tempahan dalam talian kemudiannya menunjukkan tiket dari Singapura ke Johor Baru.

Lebih 20 pembeli telah membuat aduan berhubung kejadian itu, dan jurucakap syarikat itu berkata isu berkenaan disebabkan oleh masalah teknikal. – ST

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Popular
Singapura wajibkan dos penggalak pelengkap vaksinasi mulai 1 Januari
December 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok