Singapura wajibkan dos penggalak pelengkap vaksinasi mulai 1 Januari

December 3, 2021 · Dunia

Individu yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19 jenama Sinovac atau Sinopharm diingatkan supaya mengambil dos ketiga mereka untuk dianggap telah divaksin sepenuhnya mulai 1 Januari 2022.

Mulai 1 Januari 2022, individu yang layak tetapi belum mengambil dos ketiga mereka akan mendapati status vaksinasi mereka kembali kepada ‘vaksinasi sedang dijalankan’ bukannya lengkap divaksin seperti sekarang.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata pihaknya telah menghantar pemberitahuan khidmat pesanan ringkas (SMS) secara berperingkat kepada 70,000 individu yang telah menerima dua dos vaksin berkenaan.

Mereka adalah penerima yang layak mengambil dos ketiga selepas tiga bulan menerima suntikan kedua dan perlu berbuat demikian sebelum 31 Disember ini bagi mengekalkan status vaksinasi.

Individu yang gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga bulan selepas lengkap dos kedua akan dianggap tidak divaksin sepenuhnya, kata MOH.

“Untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap mulai 1 Januari depan dan seterusnya, orang ramai digalakkan mengambil dos penggalak itu sebelum 31 Disember ini, selagi dos kedua mereka sudah diberi dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Selepas tempoh itu, status vaksinasi individu berkenaan akan kembali kepada ‘vaksinasi sedang dilakukan’ dan akan tertakluk pada Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) serta Langkah Vaksinasi Tenaga Kerja yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 ini,” jelas MOH dalam satu kenyataan semalam.

MOH memberitahu penerima dua dos vaksin jenis Sinovac atau Sinopharm wajib mengambil vaksin mRNA jenis Pfizer atau Moderna bagi dos ketiga kecuali bagi mereka yang tidak layak terima dari segi perubatan.

Manakala, bagi individu yang mengalami alahan terhadap dos pertama vaksin mRNA dan menerima vaksin Sinovac untuk dos kedua juga perlu melengkapkan dos ketiga vaksin Sinovac pada 28 hari selepas dos kedua bagi mengekalkan status vaksinasi mereka. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok