Sebelas lemas diheret ombak

February 13, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 11 terbunuh apabila diheret ombak kuat ke laut ketika mereka melakukan ritual di Pantai Payangan Kecamatan Ambulu, Jember, Jawa Timur, tengah malam tadi.

Ketua Polis Jember AKP Komang Yogi Arya Wiguna berkata sehingga kini 10 mayat telah ditemui dan gerakan mencari seorang lagi yang masih hilang sedang dijalankan.

Memetik laporan media Indonesia, ritual itu disertai 24 individu dari Tunggal Jati Nusantara, Jember kira-kira jam 12.25 pagi waktu tempatan.

“Iya betul korban meninggal sampai sekarang ini seramai 10 orang. Seorang masih dicari,” kata Komang.

Semua individu terbabit dikatakan melakukan ritual sambil berjalan di tepi pantai secara bergandingan sebelum diterpa ombak yang mengheret mereka ke tengah laut.

Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Jawa Timur, Budi Santosa pula berkata ombak yang menghanyutkan semua mangsa dikatakan sangat besar.

Ketua Polis Seksyen Ambulu AKP Maaruf pula berkata semua anggota rombongan itu telah diingatkan oleh warga sekitar mengenai kejadian ombak kuat di pantai berkenaan.

Namun, katanya, kumpulan itu tidak mempedulikannya dan mengadakan ritual berkenaan sebelum kebanyakan mereka diheret ombak ke laut. – Agensi

Berita berkaitan
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
Barat Indonesia dilanda gempa bumi kuat
April 25, 2023· Dunia
Bayi termasuk empat individu maut dalam kemalangan di Kemaman
April 24, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
12 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok