Russia dakwa bunuh 200 pejuang Syria

April 20, 2021 · Dunia

Kementerian Pertahanan Russia berkata, askar mereka membunuh ‘hingga 200 pejuang’ di Syria ketika serangan udara di pangkalan ‘pengganas’ di timur laut Palmyra, di mana pejuang dikatakan merancang serangan menjelang pemilihan presiden bulan depan.

“Setelah mengesahkan data melalui beberapa saluran mengenai lokasi pengganas, pesawat Angkatan Udara Russia melakukan serangan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menyebut 200 militan dibunuh di dua tempat persembunyian, manakala 24 trak pikap, mesingan berkaliber besar, serta sekitar 500 kilogram peluru dan komponen untuk membuat alat peledak buatan sendiri dimusnahkan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh serangan dan kumpulan yang menjadi sasaran mereka.

Dikatakan bahawa sasarannya adalah ‘markas tersembunyi’ di mana ‘kumpulan pengganas’ merancang serangan di Syria dan membuat bahan letupan.

Russia mendakwa kumpulan pejuang itu secara khusus merancang ‘serangan terhadap agensi kerajaan di bandar-bandar besar untuk mencetuskan gangguan menjelang pemilihan presiden di Syria.

Pemilihan presiden Syria akan diadakan pada 26 Mei ini dan yang kedua sejak perang saudara meletus pada 2011 akibat tunjuk perasaan antikerajaan. Lebih 388,000 penduduk Syria terbunuh dalam pertempuran yang masih berlarutan sehingga kini.

Rejim kuku besi Presiden Bashar al-Assad dijangka terus berkuasa selepas pemilihan itu.

Russia adalah sekutu kuat rejim Bashar sejak perang saudara tercetus, dan campur tangan tentera pada 2015 membantu Bashar mengubah gelombang peperangan yang memihak kepadanya. – Agensi

Berita berkaitan
Lebih 100 maut, 600 cedera gempa landa Turkiye, Syria
February 6, 2023· Dunia
Konflik Ukraine mengakibatkan 10 juta orang berpindah
March 20, 2022· Dunia
Warga Singapura di Ukraine diarah keluar secepat mungkin
February 14, 2022· Dunia
Empat pesawat tentera Russia dipintas tentera Britain
February 3, 2022· Dunia
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
13 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok