Harapan pudar selamatkan mangsa, 16,000 korban gempa Turkiye, Syria

February 9, 2023 · Dunia

Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria minggu ini menghampiri 16,000 pada Khamis (9 Februari 2023) apabila harapan menemukan ramai lagi yang masih hidup masuk 72 jam sejak bencana itu dan kekecewaan memuncak berikutan bantuan yang perlahan.

Seorang pegawai Turkiye berkata, bencana itu mencetuskan “kesukaran yang sangat serius” untuk mengadakan pilihan raya yang dijadualkan pada 14 Mei di mana Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka menghadapi cabaran paling sukar dalam dua dekad berkuasa.

Di tapak runtuhan, warta Turki dan Syria menghabiskan malam ketiga tidur di luar atau di dalam kereta dalam suhu musim sejuk yang membeku. Rumah mereka musnah atau rosak akibat gempa sehingga mereka terlalu takut untuk masuk semula.

Beratus-ratus ribu orang telah kehilangan tempat tinggal pada pertengahan musim sejuk sekarang ini.

Jumlah orang yang terkorban akibat gempa itu, yang melanda awal pagi ketika kebanyakan penduduk sedang tidur dan diikuti dengan gegaran susulan yang kuat, kini hampir menyamai tragedi pada 1999 apabila gegaran yang sama kuat mengorbankan 17,000 orang di barat laut Turkiye – penempatan yang lebih padat penduduk.

Di Turki, rakaman video muncul lewat Rabu apabila beberapa lagi mangsa yang terselamat, termasuk Abdulalim Muaini, yang ditarik keluar dari rumahnya yang runtuh di Hatay, Turki di mana dia terperangkap sejak Isnin di sisi isterinya yang meninggal dunia.

Pekerja penyelamat mengeluarkan seorang wanita berusia 60 tahun yang cedera bernama Meral Nakir dari runtuhan blok pangsapuri di bandar Malatya, 77 jam selepas gempa pertama melanda, menurut siaran langsung TRT hari ini.

Jumlah kematian di Turki meningkat kepada 12,873 menjelang pagi Khamis. Di Syria, yang sudah musnah akibat perang saudara selama hampir 12 tahun, lebih 3,000 orang telah terkorban, menurut kerajaan dan perkhidmatan penyelamat di barat laut yang dikuasai pemberontak.

Di bandar Jandaris di Syria yang musnah, Ibrahim Khalil Menkaween berjalan di jalan-jalan yang dipenuhi runtuhan sambil memegang beg mayat putih yang dilipat. Katanya, dia kehilangan tujuh ahli keluarganya termasuk isteri dan dua abangnya.

“Saya memegang beg ini… apabila mereka membawa keluar abang saya, dan anak lelaki abang saya, dan kedua-dua isteri mereka, kami boleh memasukkan dalam beg,” katanya.

“Keadaan sangat teruk. Dan tidak ada bantuan.” – Agensi

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023
Tempoh kuarantin Covid-19 di Jerman hanya 5 hari
May 4, 2022
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok