Turkiye tahan kontraktor bangunan ranap, korban gempa cecah 36,217

February 13, 2023 · Dunia

Pihak berkuasa Turkiye menahan ramai kontraktor selepas didakwa ada kaitan dengan beberapa bangunan yang ranap akibat gempa bumi di negara itu dan Syria pada 6 Februari lalu.

Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdag berkata pejabat pendakwa raya telah melancarkan siasatan kehakiman dengan mengumpul semua bukti dan sedang mengenal pasti lebih ramai kontraktor yang bertanggungjawab ke atas bangunan itu.

Beliau menegaskan sesetengah bangunan berusia 30 tahun, malah ada yang lebih tua dan pendakwa raya sedang menjalankan siasatan untuk menentukan siapa yang terlibat dalam pembinaan itu.

Bozdag juga menyebut bahawa di Diyarbakir – tenggara Turkiye – sahaja, “proses kehakiman terhadap 32 orang telah dimulakan.”

Menurut agensi berita Turkiye, Anadolu, pendakwa raya Malatya – timur Turkiye – mengeluarkan waran tangkap terhadap 31 individu pada Isnin (13 Februari) yang ada kaitan dengan bangunan yang runtuh di bandar itu.

Anadolu juga melaporkan Sabtu lalu, Pejabat Ketua Pendakwa Raya Adana – selatan Turkiye – melancarkan siasatan ke atas bangunan yang musnah, dan akibatnya, 31 orang telah ditangkap pada Isnin.

Kedua-dua, Turkiye dan Syria kini sedang bergelut dengan kesan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang menggegarkan wilayah itu tatkala harapan untuk mencari mangsa yang terselamat semakin pudar di tengah-tengah suhu beku.

Jumlah kematian di seluruh Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi itu kini mencecah sekurang-kurangnya 36,217, dengan 31,643 disahkan meninggal dunia di Turkiye sahaja.

Jumlah kematian di Syria sebanyak 4,574 termasuk lebih 3,160 di wilayah yang dikuasai pembangkang dan 1,414 kematian di kawasan yang dikawal kerajaan.

Sekurang-kurangnya 41 orang telah diselamatkan dari bawah runtuhan di Turki antara jam ke-141 dan ke-163 sejak gempa melanda.

Pasukan penyelamat terus mencari runtuhan tetapi pihak berkuasa telah memberi amaran peluang untuk mencari mangsa yang terselamat semakin tipis.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Arab Saudi benar umat Islam Malaysia pilih tiga jenis visa umrah
March 17, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok