Gempa Turkiye, Syria: Masih hidup selepas 4 hari, lebih 22,000 korban

February 11, 2023 · Dunia

Pasukan penyelamat mengeluarkan seorang kanak-kanak yang masih bernyawa dari runtuhan bangunan pada Jumaat (10 Februari), empat hari selepas gempa bumi 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria, tatkala angka korban mencecah lebih 22,000.

Di bandar Kahramanmaras di Turki, salah satu kawasan paling teruk dilanda gempa bumi terburuk di rantau itu dalam tempoh hampir satu abad, bau kematian menyelubungi udara.

Tetapi ketika kru penyelamat memasuki hari kelima menyelongkar bangunan yang telah rata, media Turki melaporkan seorang anak kecil, berjaya dikeluarkan.

Penyelamat menarik Yusuf Huseyin yang berusia 18 bulan dari serpihan runtuhan di bandar tenggara Antakya. Dua puluh minit kemudian, mereka menyelamatkan Muhammed Huseyin yang berusia tujuh tahun, lapor saluran berita NTV.

Zeynep Ela Parlak yang berusia tiga tahun turut diselamatkan di Antakya pada Jumaat, manakala di wilayah Adyaman, penyelamat mengeluarkan Eyup Ak berusia 60 tahun dan di Gaziantep, dua orang ditarik keluar hidup-hidup termasuk seorang kanak-kanak yang tidak diketahui umurnya.

“Setengah jam yang lalu, kami berjaya menyelamatkan dua orang yang masih hidup keluar dari runtuhan,” kata perkhidmatan bomba Czech pada hari Jumaat mengenai pasukan mereka di Adyaman di tenggara Turkiye.

Pada Khamis, penyelamat mengeluarkan bayi berusia 10 hari dan ibunya hidup-hidup selepas 90 jam terperangkap di wilayah Hatay yang dilanda teruk, kata pegawai Turki.

Sementara itu, sekumpulan pelombong Turkiye yang pakar dalam usaha penyelamatan mangsa tertimbus memberitahu bagaimana mereka bergegas membantu orang yang terperangkap akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud Isnin.

“Hati kami tidak dapat menerima ini,” kata pelombong Ismail Hakki Kalkan.

Namun, mayat tujuh kanak-kanak Cyprus, serta dua guru dan seorang ibu yang terkorban akibat gempa bumi di Adyaman telah diterbangkan pulang pada Jumaat, dengan media Turki melaporkan bahawa 19 kanak-kanak dalam kumpulan itu meninggal dunia.

Dua dozen kanak-kanak berumur 11 hingga 14 tahun dari Pulau Cyprus, bersama 10 ibu bapa, empat guru dan seorang jurulatih bola tampar, berada di Turkiye untuk kejohanan sekolah dan telah menginap di sebuah hotel yang runtuh.

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Erdogan ajak Dr M kerjasama anjur Sidang Kemuncak Istanbul September, Oktober ini
June 22, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura wajibkan dos penggalak pelengkap vaksinasi mulai 1 Januari
December 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok