Republik Czech usir 18 diplomat Russia

April 18, 2021 · Dunia

Republik Czech hari ini mengeluarkan perintah pengusiran terhadap 18 diplomat Russia kerana mengesyaki perkhidmatan perisikan Moscow terbabit dalam letupan depoh peluru pada 2014.

Pengusiran dan tuduhan tersebut telah mencetuskan pertikaian terbesar dengan Rusia sejak era komunis berakhir pada tahun 1989.

Republik Czech yang menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) dan NATO dilihat mengambil langkah itu selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian semalam.

Bagaimanapun, tindakan itu boleh mendorong Russian menutup kedutaan Republik Czech di Moscow, kata sumber yang dipetik agensi berita Russia, Interfax.

Perdana Menteri Czech, Andrej Babis dalam taklimat menerusi televisyen berkata negaranya curiga dengan pembabitan pegawai perisikan Russia – GRU – dalam letupan depot peluru di Vrbetice.

Kedutaan AS di Prague dalam Twitternya berkata Washington berdiri kukuh bersama Republik Czech, dan menghargai tindakan penting untuk mengenakan tekanan terhadap Russia.

Pemangku Menteri Luar Czech, Jan Hamacek berkata, 18 diplomat kedutaan Russia yang dikenal pasti sebagai kakitangan perisikan, diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara itu.

Jumaat lalu, Presiden AS Joe Biden menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan sekatan baharu terhadap Russia, dan mengusir 10 diplomat negara itu dari AS.

Tindakan itu dibuat sebagai langkah tindak balas terhadap kempen penggodaman besar-besaran Russia yang boleh menjejaskan agensi persekutuan AS serta dakwaan campur tangan ketika pilihan raya presiden.

Susulan itu, semalam, Russia pula bertindak balas dengan mengatakan Moscow akan mengusir 10 diplomat AS dan bersedia mengambil beberapa langkah lain yang lebih tegas.

Menteri Luar Russia Sergey Lavrov juga berkata, Moscow akan menambah lapan lagi pegawai pentadbiran Washington ke dalam senarai sekatannya dan bertindak menghalang serta menghentikan aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) AS daripada campur tangan dalam politik Russia.

Berita berkaitan
Bekas diplomat, anak mengaku tidak bersalah tanam 102 pokok ganja
June 8, 2022· Isu semasa
Lapan peluru berpandu diuji Amerika, Korea Selatan
June 6, 2022· Dunia
Bekas diplomat, anak didakwa edar ganja bawah Akta 39B
June 3, 2022· Isu semasa
Pengarah kanan Bukit Aman, bekas diplomat disaman fitnah pegawai SB
May 31, 2022· Isu semasa
Popular
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
1 jam lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
7 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok