Briged Al-Qassam guna dron serang ibu negara Israel

May 12, 2021 · Dunia

Sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – Briged Izuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – buat pertama kali menggunakan dron untuk menyerang askar rejim Israel di utara Semenanjung Gaza, hari ini.

Dalam serangan itu seorang askar rejim Zionis berkenaan parah apabila dron menjatuhkan bom ke atas konvoi mereka di Ashkalan, wilayah Israel yang tidak jauh dari sempadan Semenanjung Gaza, lapor laman web Israel0404.

Ini adalah kali pertama pejuang Hamas menggunakan dron ketika ketegangan memuncak berbalas serangan antara Briged Al-Qassam dan rejim Israel.

Serangan menggunakan dron itu seiring dengan ratusan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza oleh Briged Al-Qassam dan Jihad Islam ke wilayah Askalan dan Asdood.

Menara Hanadi setinggi 12 tingkat di Semenanjung Gaza musnah dibom pesawat tempur rejim Israel. – Gambar Anadolu

Terdahulu, Briged Al-Qassam dan Saraya Al Quds menyerang beberapa bandar utama Israel, termasuk ibu negara Tel Aviv setelah rejim Zionis terus menyerang penempatan awam di Semenanjung Gaza.

Media Israel melaporkan beberapa kawasan bandar dihuni pendatang haram Yahudi rosak teruk akibat bedilan roket pejuang Hamas.

Bagaimanapun, rejim Israel tidak melaporkan kemalangan jiwa akibat serangan itu.

Sementara itu, agensi berita Turki, Anadolu melaporkan jet tempur rejim Israel memusnahkan sebuah apartment 12 tingkat di kejiranan al-Rimal, Semenanjung Gaza, hari ini.

Jet rejim Israel menggugurkan bom menyebabkan Menara Hanadi musnah sama sekali, kata kakitangan perubatan Gaza tanpa mengulas mengenai kemalangan jiwa.

Askar rejim dilapor mengarahkan semua penduduk menara berkenaan keluar sebelum serangan dilakukan. – Agensi

Pejuang Briged Al-Qassam menggunakan dron untuk menggugurkan bom ke atas sasaran di wilayah diduduki secara haram oleh Israel di Tel Aviv. – Gambar Twitter

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok