
Cuaca panas.
Pihak berkuasa Thailand – negara jiran Malaysia – hari ini (22 April 2023) memberi amaran kepada penduduk di seluruh pelosok negara itu, termasuk ibu kota Bangkok, supaya mengelak daripada keluar rumah akibat cuaca panas yang melampau.
Sebelum ini, sebahagian Asia melaporkan cuaca panas melampau bulan ini, dengan suhu yang memecahkan rekod dicatatkan di beberapa negara.
Di Bangladesh dan beberapa bahagian di India, cuaca panas melampau membawa kepada lonjakan permintaan tenaga, menyebabkan pemotongan dan kekurangan bekalan elektrik untuk berjuta-juta penduduk.
Di Bangkok, suhu mencapai rekod tertinggi 54 darjah Celsius (°C) di daerah Bangna hari ini, menurut Jabatan Meteorologi, dengan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar dan berhati-hati dengan bahaya strok haba.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand berkata suhu akan melebihi 40°C di sekurang-kurangnya 28 wilayah hari ini.
Panas melampau baru-baru ini telah memecahkan rekod penggunaan elektrik, dengan negara menggunakan lebih 39,000 megawatt pada 6 April, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 32,000 megawatt pada April tahun lalu, kata jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri.
“Apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh perubahan iklim, mempengaruhi (cuaca) yang tidak normal dan fenomena yang dipanggil cuaca melampau,” Mathinee Yucharoen, seorang penyelidik oseanografi pantai dan perubahan iklim di Universiti Prince of Songkhla.
Berikut adalah tahap cuaca mengikut wilayah di Thailand:
Wilayah Utara Thailand
Wilayah Phetchabun: Indeks haba ialah 48.1°C (kategori “berbahaya”).
Wilayah Timur Laut
Maha Sarakham (daerah Kosum Pisai): Indeks haba 44.5°C (“berbahaya”).
Wilayah Tengah
Bangkok (Bang Na): Indeks haba 54.0°C (“amat berbahaya”).
Wilayah Timur
Wilayah Chonburi: Indeks haba 54.0°C (“amat berbahaya”).
Wilayah Selatan
Wilayah Phuket: Indeks haba 54.0°C (“amat berbahaya”).
Tahap kepanasan dan kesan kepada manusia:
Tahap Pengawasan (indeks haba 27-32°C): keletihan, pening, loya, muntah, sakit kepala dan sakit otot akibat pendedahan kepada haba atau aktiviti fizikal dalam keadaan cuaca panas.
Tahap Makluman (32-41°C): kekejangan otot akibat haba dan mungkin mengalami keletihan haba jika terdedah kepada haba untuk tempoh yang lama.
Tahap Amaran (41-54°C): kekejangan otot di kaki, lengan, perut atau bahu yang menyebabkan kekakuan, rasa keletihan haba, dan mungkin mengalami strok haba jika terdedah kepada haba untuk tempoh yang lama.
Bahaya Terlampau: (54°C dan ke atas): strok haba.
Nasihat kesihatan dalam gelombang haba adalah untuk memantau simptom, terutamanya kanak-kanak kecil, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah asas.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar, memakai topi, cermin mata hitam, dan pakaian longgar dan bernafas. Jika bekerja di luar atau dalam kumpulan.