Rejim Israel beri vaksin Covid-19 hampir luput tarikh kepada Palestin

June 19, 2021 · Dunia

Pihak Berkuasa Palestin (PA) membatalkan perjanjian dengan rejim Israel berhubung pertukaran vaksin Pfizer setelah mendapati dos yang diterima sudah hampir luput tarikh kegunaannya

Terdahulu pegawai PA menerima kecaman daripada rakyat Palestin selepas perjanjian itu diumumkan dengan ramai yang menuduh PA menerima vaksin Covid-19 yang tidak memenuhi standard dan mungkin tidak berkesan.

Jurucakap PA, Ibrahim Melhem berkata pembatalan itu dibuat setelah pemeriksaan mendapati vaksin yang diterima tidak memenuhi spesifikasi seperti di dalam perjanjian.

“Setelah pasukan teknikal di Kementerian Kesihatan memeriksa kumpulan pertama vaksin Pfizer yang diterima petang ini dari Israel, adalah jelas bahawa 90,000 dos didapati tidak sesuai dengan spesifikasi yang terkandung dalam perjanjian

“Oleh itu, Perdana Menteri Muhammad Shtayyeh mengarahkan menteri kesihatan membatalkan perjanjian mengenai pertukaran vaksin dan mengembalikan jumlah yang diterima hari ini kepada Israel,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kesihatan PA, Mai al-Kaila.

Awal Jumaat lalu rejim Israel berkata mereka akan menyerahkan satu juta dos vaksin Covid-19 yang hampir tamat tempoh kepada PA sebagai pertukaran kepada vaksin baharu yang dijangka diterima rakyat Palestin tahun ini.

Israel telah menandatangani perjanjian dengan PA dan akan menyediakan sekitar satu juta dos vaksin Pfizer, kata Perdana Menteri rejim itu, Naftali Bennett.

Mengikut perjanjian itu sebanyak 1.4 juta dos akan diberikan kepada Palestin pada September dan Oktober tahun ini, dan setakat ini 100,000 dos sudah diserahkan.

Kementerian Kesihatan Palestin sebelum ini menyatakan vaksin Pfizer menjadi tulang belakang kepada kempen vaksinasinya.

Perjanjian kedua-dua pihak itu dibuat setelah rejim Israel digesa untuk lebih memberi perhatian dalam memastikan rakyat Palestin mendapat akses kepada vaksin Covid-19.

Rejim Israel yang telah memberi suntikan kepada 55 peratus populasinya berdepan kritikan kerana tidak berkongsi vaksin dengan 4.5 juta rakyat Palestin di wilayah yang didudukinya secara haram di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan hanya 270,000 rakyat Palestin yang menerima dua dos vaksin Covid-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Lebih 300,000 jangkitan dilaporkan di kedua-dua wilayah itu dengan 3,545 kematian direkodkan.

Setakat ini Palestin menerima dos vaksin Covid-19 daripada Russia, China dan Emiriah Arab Bersatu dan initiatif perkongsian COVAX. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok