Penggunaan ganja meningkat ketika ‘lockdown’ Covid: PBB

June 27, 2022 · Dunia

Di kebanyakan negara di mana ganja dihalalkan, penggunaannya dilaporkan meningkat, terutama ketika perintah penutupan atau ‘lockdown’ dikuatkuasakan ketika pandemik Covid-19 memuncak, sekali gus meningkatkan kes kemurungan dan bunuh diri, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pejabat Dadah dan Jenayah PBB (UNODC) yang berpangkalan di Vienna dalam Laporan Tahunan Dadah Dunia hari ini (27 Jun 2022).

Menurut laporan itu, penggunaan ganja – dadah paling banyak diambil di dunia – semakin meningkat manakala tahap kandungan tetrahydrocannabinol (THC) pula bertambah.

Beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) telah menghalalkan penggunaan ganja bukan perubatan, bermula dengan Washington dan Colorado pada 2012.

Uruguay menghalalkannya pada 2013, begitu juga Kanada pada 2018, manakala Thailand tahun ini. Negara lain telah mengambil langkah yang sama tetapi laporan itu memfokuskan kepada ketiga-tiga negara tersebut.

“Langkah menghalalkan ganja nampaknya telah mempercepatkan trend menaik dalam penggunaan harian dadah yang dilaporkan,” kata laporan UNODC.

Walaupun kelaziman penggunaan ganja dalam kalangan remaja “tidak banyak berubah”, terdapat “peningkatan ketara dalam penggunaan produk berpotensi tinggi yang kerap dilaporkan membabitkan orang dewasa muda,” katanya.

“Kadar individu yang mengalami gangguan psikiatri dan bunuh diri yang dikaitkan dengan penggunaan ganja secara tetap telah meningkat.”

Laporan itu berkata kira-kira 284 juta individu, atau 5.6 peratus daripada penduduk dunia, telah menggunakan dadah seperti heroin, kokain, amfetamin atau ekstasi pada 2020, dengan 209 juta menggunakan ganja.

“Tempoh penutupan semasa pandemik Covid-19 mendorong peningkatan dalam penggunaan ganja … pada 2020,” katanya.

Pengeluaran kokain mencapai rekod pada 2020 dan penyeludupan melalui laut semakin meningkat, tambah UNODC dengan data rampasan 2021 mencadangkan pengembangan di luar dua pasaran utama Amerika Utara dan Eropah ke Afrika dan Asia.

Opioid kekal sebagai ubat paling maut, kata UNODC, dengan fentanyl mendorong kematian di AS mencapai rekod baharu iaitu anggaran sementara untuk 2021 ialah 107,622 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok