
Mari Petroleum Company Ltd (MPCL).
Pakistan berjaya menemukan gas di kawasan Waziristan Utara wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Mari Petroleum Company Ltd (MPCL), pengeluar gas kedua terbesar di Pakistan, dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menemukan gas dan pemeluwapan di Blok Barat Bannu, lapor Bernama.
Aliran gas ialah 25 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) dan aliran pemeluwap ialah 300 tong sehari (bpd) semasa percubaan.
“Ini adalah penemuan gas dan pemeluwapan pertama di kawasan Waziristan Utara, yang terhasil daripada usaha penerokaan bersepadu oleh MPCL,” menurut syarikat itu.